☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

27 Feb 2018

THROWBACK 2008 : RESCUE SI OYEN


27.10.2008 | Major throwback. Terjumpa gambar lama dalam pc. Oyen, kitten yang sesat depan rumah entah mana ibunya. Anggaran umur dalam 2 bulan ><. Menggigil dan mengiau dalam longkang, risau dibawa arus air dalam tu, petang tu selamatkan dia. 

Busuk, comot, bertaik, berkurap dll tapi manja (maybe lapar sesangat). Rescue, bawak masuk dalam rumah, mandikan dia, buh syampu, bilas bersih dan keringkan betul2 pastu masuk dalam cage, bubuh kain, bagi makan dan minum. Bagi dia rasa selesa yang mungkin walaupun tanpa seekor emak.


 gambar hari rescue dia. sebelum mandi





 comel sesangatttttttttt



 park kejap sblh tu, dorang (ChiChi & Chello) penuh tandatanya. Sapa pulak budak kecik busuk nih


 Sementara si Chellom (hitam) tu buat derkk jer.
mind my on bisenisssssssssss katanya








 tu tangan Chello ler tu gatal nak cuit2 tp dorang tak hissing pun kat budak nih






 petang tu mandikan dia.. tak basahkan kepala. just lap2 jer dengan tola basah.


 dah wangi, tinggal nak kering2kan jer.


Dah mangi2 mandi petang tu, Oyen mengiau. Tutup cage dengan kain bersih bagi dia rasa tenang. Tak bawak masuk dalam rumah sebab takut berkutu ke ape pastu berjangkit yang lain.

Malam tu, dia duduk luar, kawasan teduh dah terlindung dari tempias hujan. Tutup cage dengan kain supaya tak sejuk kena angin. Alas cage dengan tuala tebal. Tinggikan kiri kanan. Nak bagi Oyen setenanga dan seselesa yang mungkin. Takde bunyik mengiau. Lega. Malam tu boleh kite rest in peace..ehhh berehat dengan aman plakk..

Esok pagi kerja cam biasa, bukak alas, keluarkan tuala byk2 dalam tu supaya dia senang nak gerak. Sempat bagi dia makan. Buh separuh wetfud. Nampak dia sihat, cergas dalam cage. Mengiau lagi. Tak sempat nak main2 or pegang dia.  Pergi keje cam biasa. Excited jugak rasanya sebab dah lama takde kitten. 

Balik keje petang rasa tak sabar-sabar nak tengok Oyen., Bukak gate, sunyi. Dok panggil2 dari luar gate. Senyap. Laju2 bukak gate tengok Oyen dah terbaring cam ni. Badannya mulai dihurung semut. Dah keras kejung. Raba, terasa sejuk. 

Terduduk kat situ. 
Speechlessss. 

Rasa kecewa sangat2. Tang mana silapnya aku. 

Sebab bawak dia balik?
sebab rescue dia?
Sebab buat dia stress?
Sebab mandikan dia.

Duduk tepi cage. Menangis tak berlagu.






Abis kotor alas cagenya. Tak paham kenapa jadik camtu. Cam cirit. Masa tu takde pengalaman lagi rescue kitten camni. 




Petang tu jugak hubby tanam dia. ku sekadar memandang dari jauh.

kecewa.

sedih.

bercampur baur.

mencari dimana salah sendiri.























Kecewa memandang stok2 makanan atas cage Oyen. Nak bagi dia makan sedap2 supaya cepat membesar. Semangat betul balik keje tu singgah petshop borong wetfud dengan pasir. Balik2 tengok cam tu... 





  • tiada rezeki dan tak panjang umurnya. Maaf Oyen andai ada tersilap cara menjaga. Sempat satu malam jer jaga dia. Andai terkurang apa semua, harap itu tidak menarik aku ke neraka. 




3 Feb 2017

2 KETUL LEMAK TEPU JATUH KE RIBA


13.Ogos.2016 | 2 ketul lemak tepu ni pantang kalau mummeh baring2 or duduk depan tv. Kompem laju jer nak berkepit berebut duk atas riba. Kadang2 salah sekor mengalah. Tunggu jer sekor lagi turun dari riba, baru turn dia naik plak. Kalau naik dua2, mmg x muat la kat riba mummeh. Berat wehhh... nak2 plak tangan tu x dok diam..tajam jer kukunya...