☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

3 May 2012

PROJEK TAK BERAPA MEGA ANAK BULUS

naaaaaaaaaa....!! ni lah gambar2 lanjutan dari PROJEK HARI TU.. dan mengambilkira permasalahan SEBELUM INI ..  juga demi anak bulus punye pasal, ruang blkg bilik dorang / blk bibik kat rumah tu yang selama 6 thn nih..diulangi...6 tahun okeyy (sejak kitorg pindah situ) tak pernah dipijak (kecuali bangla2 yg potong rumput) akhirnya diterokai. Senang cite, pintu dapur / wet kitchen tu x pernah dibukak pun selama dok umh nih. Bila cite pasal x pernah bukak pintu wetkitchen tu, makanya terpaksa mencari jugak kunci mangga tu, dan nasib baik jumpa jugak...

Dan projek bukan mega tersebut telah bermula secara perlahan pada 1 Mei 2012 bersamaan hari pekerja (sebenarnyer tak perlu dimensenkan pun tarikh tersebut) muakakakak..

Ni ler rupa keadaan blkg bilik tersebut. Rumput2 baru jer 2 bln lepas pak arab potongkan, tp dah panjang balik..sebenarnyer nak potong rumput dulu sblm mula projek tu, tp hari tu kejar pak arab (pakistan) tu nak soh dia potongkan tp laju plak nek mutosikalnyer sampai x terkejar. Last2 men pijak2 jer la dulu.. Ruang agak terhad namun bersyokorlahhkauuunakkkoiiii, at least ade space nak letak anak2 bulus demi menyetelkan permasalahan bila membela anak2 bulus indoor nih wlupun mcm2 hajat dihati nak buat cat tunnel + tmpt sun bath bagai macamlaabanyaksangatideakauuSemah.

sila klik pada gambar untuk TUMBESARAN gambar
atau menggunakan KANTA PEMBESAR 
untuk gambar yang lebih besar

bahan2 yang diperlukan...
ehh x perlu pun diberitahu sbb ni bukan resepi memasak..
kwkwkw

1) 1 bungalow besar yg berpeluh2 ketiak incek hubby membukak sekeru & memasangnyer balik;
2) papan kutip kat umh jiran masa dorang wat renobesen umh thn 2008 yg lepas;
3) satu (1) potong batang pokok apentahnamadia yang ditebang dari belakang umh kitorg (nmpk sangat mengharapkan kudrat pak arab memotongnyer);
4) 2 gulung "bunting" terbuang di opis (bunting thn 2011) punye..syukurlah x payah membeli kanvas, jimat duit Kak Semah, nakk...



tu belakang dapur umh jiran..
pun bersemak bleh buat tmpt segala spesis ular, tenuk, rimau, 
kodok & ulat gonggok berpuaka beranak pinak..
(hope x masuk umh kitorg mcm lipan aritu ewww)


 bunting yg 2 gulung nih ade 1 gulung lagi blm guna.
1 gulung tu bleh wat tutup atas bungalow dorg dr tempias 
dr atas cucur atap dan amik dlm 3 meter utk tutup wet kitchen kitorg..
ade lagi belen utk next projek...hehehe


ni pemandangan amik dari tepi, dapur..
malas nak snap dari depan sbb masa tu segan2
ade mek2 pekerja nursery tgh sibuk masak2,..
ohye..umh no. 1 blkg umh kitorg tu nursery budak2..
suasana kemeriahan budak2 mmg x terkira..
(ini tiada kaitan dengan projek ini..selingan sahaja..abaikan!)


parit sikit tersumbat dek rumput2 kering, 
tmpt pengaliran air dari mesin basuh..
dah bersihkan sikit...


gambar dah pasang bunting utk lindung dari tempias dan
bidai buluh (recycle bidai dari umh bujang tahun 2004)
x amik lagi... kalo pegang camera jer, 
sure budak rambut merah tu sibuk nak tgk..
hihihihihi




How to Make an Easy Home Made Cat Bed -- Part 1

50 FAKTA MENARIK, KISAH DAN PRINSIP HIDUP TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA -
 semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . 
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB . 

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.


Sumber : Pakcik Googles

Semoga lebih ramai lagi usahawan-usahawan muslim seperti beliau akan lahir selepas ini.




WEDLESS TESDEIII







1 May 2012

HADIAH HARI PEKERJA


pediiiiiihhhhh.....!! 
Tgn kiri kene steam / wap panas masa bukak penutup kuali 
kat dapur malam tadi..
time tu nak panaskan asam pedas ikan..
semalaman bengkak sampai cincin x bleh bukak..
ketat... isi masak agaknyer..huhuhu


akibat dari kejadian tersebut, 
projek hari pekerja aka 1 mei terpaksa diteruskan 
oleh incek hubby sahaja..
dia ler sorg2 bukak bungalow tu & bawak ke blkg bilik,
blkg bilik atas tu jerrrr...
sbb tangan langsung x bleh pegang barang2,

sian incek hubby...dah ler allergik habuk..
sampai basah2 tola dia sbb bersih x henti2..
berkali2 mintak maaf sbb susahkan dia..
kalo mende tu bleh buat sendiri, 
dah lame dah siap...
tp bab2 nak bukak nat, skru2 sume tu mmg fail
ditambah plak dengan bungalow besar bagak tu, 
berat nak angkat.. 
time kasih incek hubby...
tadi dah belanja dia mekD + mekFlurry horlickk..!
hehehehe


anak2 bulus pasnih dok luar aka blkg umh tp 
nak pasang tirai & canvas dari bunting yg terpakai..
amik kat opis, bunting tu thn 2010 punye barang..
dah x guna dah...so bek amik dari beli canvas..

semalam blk keje smpt ler beli sisal rope
survey jaring dawai xde plak..
kne carik lagi nampaknyer..

ari ni tangan dah ok dah, bleh pegang barang2 dah..
maknanya dah bleh wat keje..
jap g nak sambung balik sbb blkg bilik tu dah x panas dah 
ptg2 sikit cam nih..
hehehe


30 Apr 2012

PROJEK CUTI HARI PEKERJA UNTUK ANAK BULUS.....



17/4/2012:

cite basi..ari tu dlm demam2,  pindahkan anak2 bulus ke luar rumah, masukkan dorg dlm banglow 3 tkt kos rendah sbb bilik VVIP dorg terpaksa di spray & disinfect semalaman sblm di-mop dgn clorox (VVIP laa sangatlaaa kan, walhal bilik bibik jer) ;)

berhari2 jugak laa anak2 bulus men-setinggankan dan men-sardinkan diri dlm bungalowcost tu sementara pindah masuk dlm bilik dorg.

Bila dah dok luar, mmg hari2 kne tukar pasir, takut bau sampai ke hidung jiran wlupun jiran jarang ade kat umh.. buat awl sblm ade teguran wlupun ade jer jiran2 bela anjing & kucing..lgpun dorg share 1 litter tray..poo & pee cepat jer memenuhi bekas tu. 


gmbr atas tu masa letak bungalowcost anak bulus betul2 depan pintu. angin sepoi2 bahasa jer.. bawak "perfume ori" masuk melalui pintu kalo sehari x tukar woody tu. so mlm (12.00 tgh mlm) tadi  gigihkan diri alih dorg pegi tepi belah kanan umah ler plak..betul2 dekat dgn sliding door tp sbb kitorg masuk rumah guna pintu kecik, so senang skit letak belah kanan sliding door tu. senang nak kemas2, tukar pasir & basuh alas cage dorg. selama ni kalo letak dorg lam bilik bibik tu, mmg makan masa nak kemas bilik dorg.

bermula dengan tukar pasir, pastu spray sikit ridsect (masa tu anak2 bulus dilepaskan main kejar2 lam umh - biasa 1/2 hari), pastu mop cage dorg guna serai wangi, pastu mop lantai guna sikit clorox + pencuci lantai, pastu tggu lantai tu kering, baru bleh lepaskan dorg. sekurang2nya 3 jam utk kemas, cuci & tggu kering. itu baru kemas, belum lagi cuci litter tray, rendam ngan clorox/sabun. pastu esoknyer plak kne sambung balik cuci litter tray dorg & keringkan betul2. mmg agak banyak kerja.

buat mcm tu bukan apa, nak bagi bilik tu betul2 bersih.. sbb bila boring2, tuan bulusnyer akan duduk berjam2 dlm tu melayan anak2 bulus..potong kuku, cuci tinge & check ape yg patut (biasanya lepas dorg mandi).


skrg dlm dilema balik.. bila dah letak dorang kat luar umah, still kne fikirkan keadaan semasa. bayangkan kalo letak luar rumah (depan), penat2 balik keje, kelam kabut nak masak pastu x sempat nak tukar pasir dorg & kemas cage, tetiba org dtg rumah. kne pulak yg datang tu jenis TAK PAHAM aka men serbuuuuu / terjahh jer,  bukan jenis suka kucen & tak tahan bau poo & pee (melainkan bau poo & pee tu wangi), abis la menjaja itu ini, ckp bla..bla..pot..pet.. haru kan..???







ahad - 29/4/2012 

ptg tadi, slow talk ckp ngan hubby pasal nak alihkan bungaloww besar dorg yg dlm bilik tu ke luar (blkg bilik dorg). dah eksplen keadaan sebenar. dia setuju jer (terkejut sbnrnyer sbb hari tu masa ckp nak alihkan ke blkg tu, dia x setuju dgn alasan takut bau mengganggu jiran tp saya bagi jaminan bahawa kat luar sebenarnya lebih terbuka & memudahkan utk saya menukar pasir & ape2 kerja berkaitan dgn dorang TANPA mengambil masa yg lama). 



hari ni agaknyer mood dia ok, plus mak plak menyokong idea tu..katanya blkg lagi elok letak dorg kalo compare depan or dlm bilik. Fuhhh...!! lega sbnrnyer... wlupun memula tu rasa mcm serba salah & berat mulut nak tanye incek hubby. 

Alhamdulillah...dipermudahkan segalanya..so dengan semangatnya turun naik cari kunci pintu belakang (pintu wet. kitchen yg x pernah dibukak since kitorg pindah rumah tu 6 thn yg lepas). Dan alhamdulillah jugak, sbb jumpa kunci tu.. tp incek x bleh bukak cage dorg tu sbb xde peralatan yg cukup. b4 nih kitorg pasang sbb pinjam allen key set opis punye. so, memandangkan nih emergency idea nak buat kt blkg tu, so kne tggu malam esok ler nampaknyer..

  
Dah over eksaited sbnrnyer..mcm2 dah plan.. beli hos utk sambung dr toilet dorg supaya senang nak cuci bawah cage dorg or mandikan dorg, beli bidai buluh nak lindung cage dorg dari panas petang, pastu ambik bunting lame / terpakai dari opis utk lindung dorg dr tempias, pastu buat cat tunnel dari jaring dawai ala2 cenggini supaya dorg bleh main /mkn rumput blkg rumah :- 




















byk2 cth kat atas...sebenyarnyer saya prefer ala2 cam ni jerr, 
hahaha.. main letak ats tanah jer..
tp byk keje plak nak buat, nak pacak kasik dia x terbalik.
so plg senang kalo buat yg jenis gulung jer, 
ikat tepi2 jer. dah siap..
(senangnyer bercakap..ehh salah..menaip..)


dari segi lain, sbnrnya saya nak letak dorg kat blkg supaya senang saya nak mintak org / sepupu / member / jiran tengok, tukar pasir & bg makan dorg kalo kitorg cuti lame. sblm ni bila cuti lame, letak dorg dlm bilik, letak mknn bnyk2 tang tu xde masalah tp masuk rumah jer, bau poo & pee memenuhi serata alam buana. hidung yg dah immune nih xpe la.. fikirkan idung org lain jgk. kalo nak suh org dtg tgk / tukar pasir / bagi makan, sure org tu fikir 10x nak dtg.. esp yg x biasa uruskan poo / pee kucen, takat nak kasik makan minum tu..sape2 pun boleyyy kan..??


pastu bila tinggal dorg dlm rumah, rasa x selamat jer..xde org nak tgk2, pastu nak x nak... terpaksa ler pegi antar boarding. tang RM tu xde ler kata xde masalah tp kalo cuti lame (2mggu) x RM10 x 6 hekor tu mmg agak "terasa" jgk nak menghulurnyer. almaklom ler, poket ni bukan jenis tebal2. lagipun, pengalaman sblm2 ni, bila antar anak bulus, kesian kat hubby, dia ler yg plg byk guna tenaga. dari rumah, bukak cage dorg supaya senang masuk lam kete yg x berapa nak besar tu., pastu, angkat dorg yg gendut2 tu 2 carrier kiri kanan sbb saya lak kne angkat mekanan / pasir dorg / brg2 dorg.


sampai umah cat sitter plak, dia kne pasang balik cage 3 tier tu sbb nak masukkan anak bulus lam tu, selain pinjam cage cat sitter. pastu pegi bercuti, pastu balik bercuti, perkara yg sama berulang2. penat wooo... kite x pe lah...dah minat, tp sian lak kat hubby..dah mcm menyusahkan dia plak... huhuh..


anak2 bulus plak bila kat tmpt boarding, dari yang manja2 kat umh tergolek2, tersondol2 kat kaki, jadi sekor kucen yg moody, stress & hissing memanjang sampaikan "makan" tuan sendiri (kasik sign free letewww), bila memanjang dorg stress / hissing, tuan yg tgh bercuti ni plak yg jadik stresss... hahaha,...!!  :p


pastu bila kucen boarding, byk faktor keselesaan, kesihatan jugak perlu diambil kira. ade kucen yg kne jangkitan fungus, blk bwk kutu, sakit kulit, sakit mata bla..bla..bla... berjangkit di tempat mereka boarding esp bila dah banyak2 kucen yg boarding kat sesuatu tmpt tu... dah jadik kerja plak nak merawat drg..esok2 pergi sihat, blk mcm3 dibawak.. ni melalui pengalaman diri sendiri & kengkawan2 sepengucingan..


kesimpulannya...atas semua faktor2 mcm tu, akhirnya decide nak letak dorg luar / blkg tu & plan mcm2... memikirkan keselesaan dorang & tuannyer jugak..


haihh...mcm2 sbnyer berangan & nak plan tp malas nak cite dulu selagi cage besar gedabak tu x pasang kat blkg dulu.. benda2 lain insyaallah kudrat pompuan nih bleh buat, cuma nak bukak & angkat2 cage tu yg susah skit tu.. hope 1 Mei nih hari bekerja (utk cage dorg) untuk pekerja mcm saya... doakan segalanya dipermudahkan... 

30/4/2012 - 04:00 am



Zzzzzzzzzzzzz....esok nak keje cam biasa..
(2 jam jer lagi pun nak tido) -_-






29 Apr 2012

=*_*= (INFO) KITARAN HIDUP SANG KUTU KUCING =*_*=

Disebabkan kutu merupakan salah satu musuh utama kepada kucing hari ini teman ingin menyambung sedikit cerita tentang kutu. Sebelum kita dapat menangani kutu ini, perlulah kita mengenali sang kutu ini dengan lebih mendalam dengan memahami kitaran hidup sang kutu. Telah kita semua ketahui daripada tajuk teman yang lepas iaitu “Kutu Kucing” bahawa Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Cara makannya ialah menghisap darah. Walaupun begitu kutu ini mempunyai kitaran hidup yang rumit(complicated). Teman percaya ramai dikalangan peminat kucing yang tidak pernah nampak kutu kucing dengan mata kasar mungkinpun ada yang pernah melihat, mereka hanyalah boleh melihat kutu dewasa. Sebenarnya ada empat tahap kitaran kehidupan kutu. Jika anda mempertimbangkan kesemua empat tahap kitaran kehidupan kutu, kutu dewasa merupakan hanya sekitar 5% dari seluruh populasi kutu. 


Empat Tahap Kitaran Hidup Kutu 
1. Telur Kutu
Telur kutu adalah seperti mutiara putih dan sekitar 1 / 32 "(1/2mm) panjangnya. Mereka terlalu kecil untuk dilihat tanpa kanta pembesar. Kutu meninggalkan telurnya di kucing, tapi telur kutu tidak melekat pada bulu kucing Sebaliknya, mereka jatuh ke kawasan persekitaran kucing anda.

2. Larva
Telur-telur yang menetas menjadi larva dalam 1 hingga 10 hari, bergantung pada suhu dan kelembapan. Kelembapan dan suhu yang tinggi menyokong penetasan telur dengan cepat. Larva adalah berbentuk ramping ianya sekitar 1 / 8 " - 1 / 4''(2 hingga 5mm ) panjang. Mereka memakan kotoran organik yang ditemui di persekitaran mereka dan pada kotoran kutu dewasa, yang mana ini penting untuk kejayaan pembiakan keturunan kutu di masa hadapan. Mereka mengelakkan dari terkena pancaran sinaran matahari secara langsung dan aktif bergerak jauh ke dalam serat karpet atau di bawah puing-puing(debris) organik (rumput, cabang kayu, daun atau tanah). Mereka tinggal selama 5 hingga 11 hari sebelum menjadi kepompong.
Kelembapan sangat penting didalam meneruskan kehidupan sang kutu. Larva kutu boleh mati akibat kawasan yang kering/terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Oleh kerana itu, tidak mungkin kutu dapat bertahan dan membiak di kasawan terbuka yang kering dan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Dikawasan yang terbuka larva hanya terjadi di mana tanah yang terlindung dari sinaran cahaya matahari dan lembab, dan juga di badan haiwan kesayangan anda. Kutu menghabiskan banyak masa hidup dan membiak lama di badan kucing anda dan ini membolehkan telur kutu jatuh dan tersimpan di dalam persekitaran kucing dan anda sekeluarga. Manakala didalam kawasan rumah atau tempat dilindungi cahaha matahari(indoor), larva dapat bertahan dan membesar dengan selamat dibawah karpet atau di celah antara lantai kayu keras. Mereka juga berkembang biak dalam iklim lembap.

3. Kepompong 
Setelah pembentukan larva selesai/sempurna, larva dewasa menghasilkan kepompong sutra.Tahap kitaran kehidupan seterusnya adalah penghasilan kepompong. Kepompong ini lembap dan mudah melekat(sticky). Kepompong ini dengan cepatnya membentuk lapisan dari puing-puing(debris) dari kawasan sekelilingnya. Lapisan-lapisan ini berfungsi atau bertindak sebagai samaran kepada kepompong ini. Dalam suhu yang hangat dan keadaan lembap, kepompong menjadi kutu dewasa dalam 5-10 hari. Namun, kutu dewasa tidak muncul dari kepompong ini, kecuali dirangsang oleh tekanan fizikal, karbon dioksida, atau haba panas.

4. Kutu Dewasa
Setelah dirangsang kutu pra dewasa pun muncul dari permukaan kepompong itu. kutu pra dewasa dapat bertahan hingga 140 hari dalam kepompong. Selama waktu ini, mereka dapat bertahan terhadap racun serangga yang yang disemburkan pada kawasan persekitaran sang kutu. Oleh itu, kutu dewasa dapat terus muncul ke persekitarannya hingga 3 minggu selepas aplikasi insektisida(semburan racun serangga).
Ketika kutu dewasa muncul dari kepompongnya, mereka akan mencari tuan rumah kerana ia harus makan darah dalam masa beberapa hari untuk bertahan hidup. Mereka amat tertarik pada manusia dan kucing anda dan haiwan liar seperti anjing, tupai dan sebagainya. Suhu tubuh yang panas, gerakan, dan menghembus nafas karbon dioksida oleh manusia dan haiwan-haiwan ia umpama bertemu cahaya kehidupan. Ini bererti bahawa ia berpindah ke permukaan karpet sehingga dapat menemukan sebuah perumah sementara(passing host) yang sempurna untuk meneruskan semula kitaran hidup sang kutu.
Setelah makan darah pertama, kutu betina mulai pengeluaran telur dalam masa 36 hingga 48 jam. pengeluaran telur boleh terus selama 100 hari, yang bermakna bahawa kutu tunggal dapat menghasilkan ribuan telur.
Ini semua kitaran hidup (kutu dewasa>telur>larva> kepompong> kutu dewasa) dapat diselesaikan dalam masa 14-21 hari atau hingga 1 tahun mengikut keadaan suhu ditempat pembiakannya dan keadaan kelembapan yang sesuai.

Merawat Kucing Anda Daripada Terkena Kutu
Seperti yang teman telah katakan sebelum ini di dalam tajuk “Kutu Kucing”, teman mempraktiskan dua kaedah iaitu:
                    1. Kutu perlu dibasmi dari kucing anda
                    2. Persekitaran perlu dipastikan bersih
Yang mana kedua-dua kaedah berikut telah teman huraikan. Disini Teman ingin menambah lagi sedikit huraian daripada dua kaedah diatas dalam bentuk tip-tip yang mudah anda faham.
Bagaimana untuk menyingkirkan kutu pada kucing dan kawasan persekitaran anda akan menjadi sangat mudah apabila anda tahu cara yang betul. Insyaallah, teman katakan! Jika anda mengikuti panduan ini, anda akan yakin dengan mudah membunuh semua kutu kucing bahkan kutu anjing juga.

Tips Menyingkirkan Kutu Kucing
Untuk menghilangkan kutu pada kucing anda, pertama anda harus menyedari bahawa kucing anda mempunyai kutu. Untuk memeriksa, anda boleh memisahkan bahagian-bahagian kecil bulu kucing anda dan melihat di celah-celah diantara bulu kucing anda. Jika anda tidak melihat kutu, anda harus menyedari bahawa mereka boleh menyembunyikan diri dengan sangat baik. Teman selalu menggunakan sehelai kain basah putih bersih dan menekapkan pada kucing anda atau bulu anjing, anda akan dapat melihat apakah mereka mempunyai kutu ataupun tidak, dengan adanya tompokkan bintik-bintik berwarna coklat gelap diatas kain basah putih itu tadi. Kutu meninggalkan bintik-bintik coklat gelap di belakang badan mereka, yang sebenarnya itu adalah ekskresi(perkumuhan) kutu. Ekskresi(perkumuhan) kutu adalah berwarna coklat atau merah kecoklatan bekas dari menghisap darah dari haiwan kesayangan anda. Selain itu anda boleh terus membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat atau kedai haiwan kesayangan yang ada memberi servis rawatan.
Jika anda yakin kucing anda mempunyai kutu, maka anda perlulah merawat rumah anda seperti berikut:

1. Yang terpenting, jika anda baru saja mempastikan ada kutu pada kucing anda, maka kuarantin kucing anda ke salah satu bilik.
2. Vakum seluruh rumah untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu di lantai atau perabot.

3. Pastikan anda mencuci semua pakaian anda kerana sang kutu ini amat suka menyembunyikan diri di pakaian manusia.
4. Selanjutnya, cuci dan bersihkan serta vakum kesemua karpet anda. Sebaik-baiknya jemurkan semua karpet anda pada sinaran cahaya matahari secara terus selama sekurangnya 5-7jam.

5. Anda juga boleh menggunakan semburan kutu kawalan untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu pada kucing anda. Anda boleh menyembur rumah dengan semburan kutu untuk membunuh kutu yang melekat dan bergayut di dinding atau mana-mana bahagian rumah. Pastikan anda mencuci dan memriksa semua bilik tidur dengan bersih dan semua almari, peti dan sebagainya dengan teliti.


1. Mulanya mandikan kucing anda menggunakan sabun/syampu anti kutu(anti flea bath).
Ada banyak dipasaran dan berbagai jenis. Gambar disebelah adalah salah satu contoh syampu anti kutu kucing. Hal ini hendaklah dilakukan dengan memandikan kucing anda didalam tab mandi atau bilik air kecil dengan air yang banyak dan sabun. Tetapi berhati-hati bahawa sabun dan air tidak boleh terkena mata kucing anda. Boleh dikatakan 90-95% kucing bencikan air. Inikan pula dimandikan, ini akan menyukarkan anda kerana anda akan di kungfu oleh kucing anda disebabkan kaedah ini. Tetapi dapat diatasi dengan memandikan kucing anda secara berhati-hati dan lembut. Nantikan huraian Cara Mandian Kucing dibawah tajuk Kucing dan Spa tak lama lagi.

2. Ada juga kaedah lain untuk memberikan kucing mandian kering(dry bath). Dengan kaedah ini anda memerlukan sejenis syampu kucing khas, syampu yang tidak melibatkan penggunaan air. Anda perlu dapatkan nasihat veterinar atau pakar sebelum menggunakan kaedah ini.


Troy
Frontline
3. Pastikan anda membeli semburan(spray) kutu kucing dan kawalan kutu. Perkara ini perlu untuk mengelakkan kutu kembali semula kepada kucing anda. Frontline untuk kutu badan dan Troy Ear Canker untuk kutu telinga adalah kegemaran peribadi saya.

4. Dua hari selepas menggunakan semburan Frontline, pastikan anda menyikat kucing anda menggunakan sikat yang betul untuk menanggalkan kutu-kutu yang mati. Periksa bulu kucing anda setiap beberapa hari untuk memastikan para sang kutu hilang. Tetapi jika anda melihat masih ada kutu, kuarantin haiwan kesayangan anda, dan mulakan seluruh proses dari mula semula.



sumber / credit to : http://zaicatzz


9 Mar 2012

CHELLO & THE GENG, KINI KEMBALI



insyaAllah pasnih mammeh akan rajin2 hapdet belog nih..
dah lame x diconteng2...terabai berhabuk..
byk mammeh nak story morry,
tp lom ade kerajinan 100% lg..
huhuhu..




21 Oct 2011

=*_*= KISAH ANAK-ANAK BULUS, CHESTER PLAK SAKIT (29/9/2011) =*_*=

Turn Chester plak sakit selang 2-3 hari pas ChiChi sakit..
ni gmbr dia lepas [ CHICHI SAKIT ] ari tu..
so layan jer la gambar2 "basi" nih..

Alhamdulillah Chester Gendut dah sihat sepenuhnya, 
cuma still continue treatment utk fungus..
hari tu dia sakit lagi lame dr ChiChi,
dekat 5-6 hari jgk la mammeh terpaksa force feed dia,
pagi2 sblm pegi keje and petang blk umh..
nasib baik dia neh jenis x byk karenah.
nak suap2 tu xde ler berperang sangat 
cam ngan Chello or arwah Wiwi dulu..
2 hekor tu mmg juara perang bab2 mkn ubat..

Lepas Chester sakit ari tu, Lady Rusty lak menyusul..
tp nasib baik dia x sakit lame..
cuma kurang selera makan & monyok jer..
daddeh dorg belikan wetfud Avoderm 
sampai 7-8 tin.. hamek kawwwwwww..!! ;P
  

 monyok..


 pandangan dari atas, badan dia pun setat kurus..
ketara ngan botak2 kat badan dia 
kne fungus..



 muka dia nampak pelik kat pic ni, 
sbb kurus cengkung kat leher & muka dia..


 melepek jer la keje dia, 
x aktif cam biasa..




mlm kat sini port dia, siang pun situ jgk..







 montot, blkg leher, kaki & perut dia jadik botak..
masa ni still ngan Malaseb..




 sian plak tgk muka busyuk mammeh monyok nih, 
yg biasanya pantang dipanggil nama, 
sure dia yg 1st berlari2 dtg dengan perut melambai2nyer...




=*_*= PHAT LADY NAK MEMBEBEL =*_*=
amik turn 
ChiChi
Chester
Rusty...
skrg ..
mammeh korang lak x sihat..
Rabu lepas MC, 
Khamis semalam Emergency Leave (EL)
ari nih terpaksa keje..
sbb bila dah tanggung keje nih, 
x bleh cuti lame2..