☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

1 Nov 2016

IKAN BILIS SABAH, MAKANAN CLEANER???



 
 
*kisah 2 tahun lepas. skrip dialog asal dalam bahasa Melayu Sarawak tp ditranslet ke Bhs Melayu standard
 
ALONG : apa benda dlm beg ko tu, Na..? Kang tinggal sini, selamatttttttttt (sambil  bergurau & gelak2 tengok beg guni saya yang nyaris tertinggal kat rumah dorang)

SAYA : Alah..xde benda la long...stok ikan bilis Sabah nak bg mak... aritu kawan pos dari Sabah. Fresh2 bilisnya... banyak lak tuuuuu.. jarang beli ikan bilis kalau kat Putrajaya..kecuali stok betul2 dah xde or jumpa yg ok..beli jgk la.... *sengih2*
 
ALONG : Along pun suka ikan bilis Sabah...fresh..bersih.. tak masin sangat. kalau gi Sabah or member2 gi Sabah.. berkilo2 pesan dari dorang. 

SAYA: Tu laaa long... memang suka sangat bilis Sabah nih... buat cucur bilis.. kalau bilis yang halus2 tu, campak jer dlm nasik goreng. Takyah tumbuk2 dah... kejap jer stok bilis abis..hehehe
 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH : akak tak makan bilis Sabah tu... suka ikan bilis pangkor. Lagi elokkk... mata biru..lagi freshhhh.. kalau bilis Sabah tu untuk cleaner makan jer,  akak bagi2 jer buat cleaner kat opis .. nanti akak bagi kau Bilis Pangkor..

Gulpppp!! Saya pandang Along...sengih..along pandang saya..senyum2.. terkejut sebenarnya. Masih tak hilang lagi sikap riak dlm diri Perempuan Lindungan Kaabah tersebut. Dari dulu sampai laa sekarang. Bercakap, memang tak pernah merendah diri... sentiasa melangit... bangga... riakk.. tak lekang "its all about moneyyyy". Yang betul, sempurna, berduit, dia sorangg jer.  org lain sentiasa kekurangan..

Kadang2, kaya mana sekalipun, andai tutur kata kita sentiasa mengguris hati orang sekeliling.. mengungkit setiap kebaikan yg pernah dibuat...buat orang lain terasa.. hidup kita takkan dipandang mulia.. malah orang menyampahhhhh..

 

Balik rumah kat Malihah, saya mintak anak sedara snap gambar ni. Ikan bilis pemberian perempuan lindungan kaabah tersebut. Alhamdulillah...rezeki, itu saya tak nafikan walaupun stok IKAN BILIS SABAH saya bawak untuk mak tu dah lebih dari cukup.. nak saya bandingkan bilis yang dia bagi dengan bilis yang kawan kirim dari Sabah?

Bilis Pangkor yang dia bagi - agak hancur, warna dah kekuningan. sedikit berhabuk2, Cam dah agak lama.
Bilis Sabah yang kawan bagi - fresh, putih, bersih & tak berapa masin.


Tapi saya makan kedua2nya. Tak memilih.


Mak ajar makan apa yang ada. Tu pun rezeki. Apa yang orang bagi, bersyukur. Kalau tak suka, diam. Tak nak makan, bagi orang yang nak makan. Jangan cakap apa2. Cuma, janganlaa hanya kerana kita tak makan makanan yang orang lain makan, kita nak rendah2kan standard makanan tersebut... Kalau orang lain makan makanan mahal, kita tak mampu nak makan, kita senyap. Jangan meminta2. Rezeki dorang dapat makan mewah2, kat restoran mahal2.

Kalau orang lain makan makanan murah2, janganlah dihina... tak semua orang bergaji besar, dpt bonus 2-3 bulan yg boleh buat down payment rumah cam kita ehhh perempuan lindungan kaabah tu cakap... ada lagi insan-insan yang kekurangan... berjuang demi kelangsungan hidup..berhempas pulas mengisi tembolok anak bini yang setia menanti kat rumah. 

Betul kata orang

tiada harta, itu ujian.

banyak harta, juga ujian.

ujian sejauh mana kita mensyukuri dengan nikmat.
atau dengan harta tersebut kita riak membangga diri.





p/s: kecik2 dulu  biasa makan nasik kosong panas2 arwah ayah gaul dengan Marjerin, lawan plak dengan ikan kering kurang masin, mmg terangkat. Nikmat tu Allah jer yang tau. Rasa cam dapat makan nasik ayam jer walaupun kecik2 dulu tak pernah makan pun nasik ayam. Ayam pun susah nak makan tauuu...  Menambah2 nasik. Alhamdulillah. Arwah ayah & mak ajar anak2 makan apa yang ada, dah biasa hidup susah. Campak kat mana2, boleh lagi hidup makan ala kadar. Insyaallah. Mak saya kalau tak selera makan, layan nasik putih tuang air teh o panas2 makan ngan bilis mentah pun ade sorang makcik terkejut tengok.. hihihi..