☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

Showing posts with label ♚ SPAY / NEUTER. Show all posts
Showing posts with label ♚ SPAY / NEUTER. Show all posts

23 Oct 2012

> LADY EVELYN @ VIVI KEMBIRI @ KLINIK HAIWAN DAN SURGERI, TAMAN EQUIN, SERI KEMBANGAN (22/10/2012)

25/09/2012 - Selasa baru kitorg g ambik makcik ni kat klinik. Delay 2 hari sbb sepatutnya ambik ahad malam tp memandangkan kitorg sampai dari penang kul 9 baru jejak rumah, terpaksa la postpone ambik dia. Tak sempat & kelam kabut kalau nak pergi jugak mlm tu. Sian kat encik hubby plus masa tu ada masalah kat penang yg dah ditakdirkan berlaku kat saya. T_T

So, petang Selasa tu kitorg pergi ambik dia. Kejap jer, dah settle payment utk boarding dia (sepatutnya free tp sbb tambah 2 hari, so kne bayar utk boarding 2 mlm tu jer la). 

Sblm balik, incek hubby ajak singgah Dominos Pizza yang dekat jer ngan klinik tu, dan macam biasa, makcik nih kalo masok kete jer sure WAJIB dia nak melepassssssssssssssssssss...!!

Kelam kabut stop depan Dominos tu & mintak niuspeper dari incek hubby. Sebenarnya niuspaper tu plak tertinggal kat umh. Last2 terpaksa mintak kat kedai tepi Dominos tu. Nasib baik ade bawat wet tissue utk lap2. Kete plak incek hubby pas clearkan sblm hantar cuci 2-3 hari sblm tu. Mmg haruuuuuu..

Sementara tggu incek hubby order Dominos tu, saya lak sibuk spray air freshner lam kete. Sebab bau dah semerbak ngan pepium orijenel khennnnnn...

Sampai2 jer kat umah.. terus letak makcik nih masuk lam cage besar tu. Bila dah masuk dalam tu, sekor2 lak tu, mula laaaaaaaaa dia gelisah sbb tgk yang lain dok lari2 lam bilik, dia lak terkurung. Xpe la kann.. utk seminggu jer lam tu kne kuarantin. Kang dok bergomol2, bergusti sesama lain, terburai lak isi perut tu kalo jahitan terbukak. Omaiiiiiiiiiiiiiiiiii Gambar2 makcik nih berpantang kat umah.


Meh skodeng gambar2 makcik nih yg baru saya nak hapdet dlm belog nih...huhuhu


 mula2 ok ler, dia dok diam.


 pastu x sampai setengah jam, mata dah melilau tengok yang lain dok lari2 lam bilik


 ni kesan2 pas kne operate.. luka dia dah kering.


 haaaaaaaaaa khenn!! dok kne goda2 yg kat luar cage tu, mula la dia x tenang


 saya marah dia..heppp22...heppp22 dia...
baru reti dok diam.. tp kejap jer.. x makan saman..


 mula laa tunjuk manja dia..nak goda2 supaya saya kasik dia keluar cage..
hhhahahha.. mammeh x makan rasuah k..heheh




tuuuu tangan yg x reti diam tu.. dok cuit mende ntah atas lantai...
pastu dok ulang alik lam cage..hhhaa..
gambar last muka mintak kesian x menjadik ok..eehehe..


Alhamdulillah..rasa bersyukur sangat2 sbb proses spay dia kali ni berjalan dengan lancar. Saya cuma risau takut keadaan dia sama macam masa saya spay Lady Rusty tahun lepas. Seminggu x nak makan & saya terpaksa force feed dia. Badan dia mmg mendadak kurus sampai nampak shape melengkung kat blkg dia. Tapi Alhamdulillah, budak nih siap golek2 lam cage lagi. So selama dia berpantang tu, saya kasik wetfud campur ngn BW.  

Insyaallah dia nih anak bulus last dalam rumah saya. Rasanya dah x mo dah tambah2 lepas kehilangan Wiwi ari tu. Saya dpt dia ni pun pemberian / hadiah dari seorang kawan yg sangat2 baik ati. Thanks to kak Nurul. Semoga dimurahkan rezeki semuanya. Amin ;)




21 Oct 2012

> LADY EVELYN @ VIVI KEMBIRI @ KLINIK HAIWAN DAN SURGERI, TAMAN EQUIN, SERI KEMBANGAN


Baru nak update pasal budak kecik nih.. Ehhh..dah tak kecik dah..dah setahun ++. Besar dah..betapa kejap masa berlalu. Masa dia "dihadiahkan" kepada saya oleh Kak Nurul, dia baru jer dlm berusia agak2 dlm 3-4 bln jer. 

So, sebelum perkara2 normal yg kucing belum dikembiri berlaku pada dia iaitu memekak siang malam, kencing merata & stress nak membohsiakan diri, saya hantar dia ke KLINIK HAIWAN DAN SURGERI, TAMAN EQUIN untuk dikembiri. 

So, pada 19/9/2012 (Rabu) saya dan incek suami hantar dia ke sana & ambik dia balik lepas kitorg balik dari Penang sempena konvo anak sedara kat USM. 

So, memandangkan dia nih dah lame x mandi, dah bau pekasam, 2 hari sblm tu saya mandikan dia. Kasik wangi2 skit. Proses memandikan dia alhamdulillah berjalan dengan lancar (ehh apsal ayat ni sangat skema???). Dia x byk buat hal / meraung / meronta2 memandangkan saya mandikan dia dengan air suam. Hahh!! Kelaskausemahh!! Ptg2 mandi air suam!! Cam nak patah pinggang mandikan dia, Chester Gendut ngan Lady Rusty, otai lam umah nih. Lagi 2, Chello ngan Cheesedale saya postpone sbb x larat dah nak membongkok lama2 lam bilik air. 


Bahan2nya seperti di atas yer fuan-fuan...hahaha
saya perap & mandikan dorg ngan syampu Machiko (sbb dh lame x mandi)
& syampu Malaseb sbb mcm ade tanda2 nak kne fungus balik. 
Dalam 10min jgk ler perap dan terperap bersama dorg dlm bilik air nan sempit itu.


gamba semasa proses pemerapan dijalankan.

INGAT!! 
JANGAN sesekali meninggalkan kucing anda yg dimandikan esp dengan syampu seperti Malaseb
ini tanpa pengawasan.!! Kucing berkemungkinan rimas dengan keadaan basah dia 
& mungkin akan bertindak menjilat2 badan dia. Bahaya tuu!!

dah siap 10 minit...boleh bilas cam biasa.
pastikan anda x menjirus air direct ke kepala
& elakkan air dari memasuki telinga anak bulus..
Just basah gitu3 jer kat kepala dia..


dah nak kering. Dia jer yg lame skit nak keringkan bulu.
Ni kering sendiri. Klu saya guna hair dryer, mau x cukup tanah carik space nak menyorok. hehe
pas keringkan bulu dia, saya potong kuku & cuci tinge sekali.
Potong kuku tu sbg langkah2 awal mengelakkan dia mencakar org2 kat klinik tu..
Mane la tau, kot dia panik tgk jarum, terus meroyan on de sepoottt =))


hari kejadian. Budak nih dah wangi, ready masuk carrier, 
dah nak g klinik dah tp incek hubby suh tukar carrier plak..
carrier besar ni x muat klu letak tmpt duduk saya kt depan katanya.
Alaaa baru nk rasmikan carrier baru tu..


tgk dah ready masuk siap2, x yah paksa2 lg tu..


last2 masuk carrier ijo nih. kecik skit tp tuk kucen saiz small or medium, ok laa..
gmbr2 terkuar dr lam carrier tu masa lam kete,
kitorg berenti isi minyak jap,
tu yg try bukak penutup tu.
sibuk jugak dia nak keluar..tp x bising cam mulut arwah LADY EOWYN @ WIWI dulu ...
dia asal masuk kete nak g klinik or boarding mmg cam mulut mak nenek..hehehe
ehh x bleh cite byk2 pasal Wiwi, kang syahdu melalak plak tingat dia..
ok balik pada motip asal..!!


Dah sampai klinik tu, ni ler dia punye penyambut tetamu.
Odd eye cat yg sungguh menjadi idaman kalbu sejak dulu lagi..
x ingat plak nama dia sapa.


Lame jgk menunggu masa tu, ade kes emerjensi katanya.
So sempat borak sikit2 ngan Misi Rizal.
Sesambil tu cuci mata ngan brg2 lam kedai & main2 ngan budak nih..





 satu tips : Kalau bawak kucen korang g jumpa vet, seeloknyer biar laa letak dlm carrier. 
Jangan lepas lam klinik cam tu jer. Sama ada kucen korang berpenyakit / berkutu / berfungus or 
kucen orang lain yg berpenyakit cam tu jugak. 
baik mencegah dari mengubati. Tu juga utk mengelak kucen2 korang dari tetiba bergaduh plak.
Juga mengelak kucen korang dari stress or kencing / berak merata lam kedai tu.
haaaa kan haru biru nnt... hihihi


ni pun penyambut tetamu lam klinik tu. Kucen berkaki 3, ikut cite Misi Rizal, kaki dia kne gangren 
masa mak dia beranakkan dia sbb terbelit ngan tali pusat. So x dapat diselamatkan.
(klu x silap jalan cite la sbb dah lame baru nak publish entry nih)
huwawwawa


time utk jumpa vet. Ni Dr. Hezri klu x silap. X sempat nak berkenalan @ ingat nama vet kat situ. 
hehehe.. Budak ni time jumpa vet ok plak dia makan pil tablet.
Salunya, dia nih laa yg hazabbbbb sekali klu bab2 kasik ubat.
Dah tu pandai lak tu luwek @ muntahkan balik pil tu.

Masa nih vet deworm & deflea dia kot... Vaksin plak akan dibuat lepas dia operate.


 cite pas dia kembiri akan bersambung nnt. jam dah nak kul 4am (21/10/2012)




jumpa lagi naaa..>!!