*kisah 2 tahun lepas. skrip dialog asal dalam bahasa Melayu Sarawak tp ditranslet ke Bhs Melayu standard
ALONG :
apa benda dlm beg ko tu, Na..? Kang tinggal sini, selamatttttttttt
(sambil bergurau & gelak2 tengok beg guni saya yang nyaris
tertinggal kat rumah dorang)
SAYA :
Alah..xde benda la long...stok ikan bilis Sabah nak bg mak... aritu
kawan pos dari Sabah. Fresh2 bilisnya... banyak lak tuuuuu.. jarang beli
ikan bilis kalau kat Putrajaya..kecuali stok betul2 dah xde or jumpa yg
ok..beli jgk la.... *sengih2*
ALONG :
Along pun suka ikan bilis Sabah...fresh..bersih.. tak masin sangat.
kalau gi Sabah or member2 gi Sabah.. berkilo2 pesan dari dorang.
SAYA: Tu
laaa long... memang suka sangat bilis Sabah nih... buat cucur bilis..
kalau bilis yang halus2 tu, campak jer dlm nasik goreng. Takyah tumbuk2
dah... kejap jer stok bilis abis..hehehe
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH : akak tak makan bilis Sabah tu... suka ikan bilis pangkor. Lagi elokkk... mata biru..lagi freshhhh.. kalau bilis Sabah tu untuk cleaner makan jer, akak bagi2 jer buat cleaner kat opis .. nanti akak bagi kau Bilis Pangkor..
Gulpppp!!
Saya pandang Along...sengih..along pandang saya..senyum2.. terkejut
sebenarnya. Masih tak hilang lagi sikap riak dlm diri Perempuan
Lindungan Kaabah tersebut. Dari dulu sampai laa sekarang. Bercakap,
memang tak pernah merendah diri... sentiasa melangit... bangga...
riakk.. tak lekang "its all about moneyyyy". Yang betul, sempurna, berduit, dia sorangg jer. org lain sentiasa kekurangan..
Kadang2,
kaya mana sekalipun, andai tutur kata kita sentiasa mengguris hati
orang sekeliling.. mengungkit setiap kebaikan yg pernah dibuat...buat
orang lain terasa.. hidup kita takkan dipandang mulia.. malah orang
menyampahhhhh..
Balik
rumah kat Malihah, saya mintak anak sedara snap gambar ni. Ikan bilis
pemberian perempuan lindungan kaabah tersebut. Alhamdulillah...rezeki,
itu saya tak nafikan walaupun stok IKAN BILIS SABAH saya bawak untuk mak
tu dah lebih dari cukup.. nak saya bandingkan bilis yang dia bagi
dengan bilis yang kawan kirim dari Sabah?
Bilis Pangkor yang dia bagi - agak hancur, warna dah kekuningan. sedikit berhabuk2, Cam dah agak lama.
Bilis Sabah yang kawan bagi - fresh, putih, bersih & tak berapa masin.
Tapi saya makan kedua2nya. Tak memilih.
Mak
ajar makan apa yang ada. Tu pun rezeki. Apa yang orang bagi, bersyukur.
Kalau tak suka, diam. Tak nak makan, bagi orang yang nak makan. Jangan
cakap apa2. Cuma, janganlaa hanya kerana kita tak makan makanan yang
orang lain makan, kita nak rendah2kan standard makanan tersebut... Kalau
orang lain makan makanan mahal, kita tak mampu nak makan, kita senyap.
Jangan meminta2. Rezeki dorang dapat makan mewah2, kat restoran mahal2.
Kalau
orang lain makan makanan murah2, janganlah dihina... tak semua orang
bergaji besar, dpt bonus 2-3 bulan yg boleh buat down payment rumah cam
kita ehhh perempuan lindungan kaabah tu cakap...
ada lagi insan-insan yang kekurangan... berjuang demi kelangsungan
hidup..berhempas pulas mengisi tembolok anak bini yang setia menanti kat
rumah.
Betul kata orang
tiada harta, itu ujian.
banyak harta, juga ujian.
ujian sejauh mana kita mensyukuri dengan nikmat.
atau dengan harta tersebut kita riak membangga diri.
p/s: kecik2 dulu biasa makan nasik kosong panas2 arwah ayah gaul dengan Marjerin, lawan plak dengan ikan kering kurang masin,
mmg terangkat. Nikmat tu Allah jer yang tau. Rasa cam dapat makan nasik
ayam jer walaupun kecik2 dulu tak pernah makan pun nasik ayam. Ayam pun
susah nak makan tauuu... Menambah2 nasik. Alhamdulillah. Arwah ayah
& mak ajar anak2 makan apa yang ada, dah biasa hidup susah. Campak
kat mana2, boleh lagi hidup makan ala kadar. Insyaallah. Mak saya kalau tak selera makan, layan nasik putih tuang air teh o panas2 makan ngan bilis mentah pun ade sorang makcik terkejut tengok.. hihihi..