☛ FOLLOWERS

24 Apr 2013

> YEAYYY....!! CHEEZEL & CARAMEL "ADIAHKAN" WEOLSS CUCU "TWIN"..!!


Alhamdulillah...syukur sangat2..mlm tadi 23/4/2013 (taip caption gmbr lam FB 22/4 sbb overeksaited sampai typo!)  secara rasminya, baby kepada Cheezel & Caramel OOP (out of pouch). 

Haaaaaaaaa..tau2 dah OOP...!!!! tu laaaaa akibatnya malas sangat nak hapdet belog nih. Walhal masa mula2 tau Caramel preggy ari tu, kemain eksaited ambik gambar berjuta2, siap rakam bidio konon nak abadikan detik2 yg menghepikan tu..last2 gambar tu terperam lam hp sampai sudah x publish lam ni. Tau2, publish entry pasal dah kuar..dpt twin.

Yang saya perasan baby dia OOP ni pas tgk si Caramel dok kuar makan..pastu terpandang perut dia dah kempis / slim cam biasa..terus jenguk2 lam pouch dorg...tgk ade makhluk cenonet tu lam tu.. 2 hekor..!!! Maka betuller ramalan saya sebelum nih yh dlm pouch Caramel dia ade twin joey.

Terus bancuh HPW kasik Caramel & Cheezel, ape lagi dorg serbu...masa ni saya ambik kesempatan nak kuarkan pouch tmpt baby diaekor..terus snap & rakam bidio sambil sengih2 sorang2. dontworrysayatakgila

 haaaaaaa...!!! hoverkann perasaan menimang cucu nihh!!! hahaha

Pas ambik bidio & gambar bagai, rasa cam nak lompat g tingkat atas nak tunjuk kat incek hubby gmbr twin baby tu tp perasaan terus hancur berkecai bila tgk incek hubby dah berdengkur..tsktsktsktsktskkk.. sudahnyer saya layan sorg2 perasan hepi tak terkata tu. hahahah!!!



diaekor nih xde nama lagi.. sama ada nak letak nama Malaysia or Amerika..
sebab jantina pun x tau sbb saya x pegang pun dorg lagi nak check ke ape.... 
iskk..payah tul carik nama..mengalahkan nak carik nama baby org jer.

 
gambar agak blur disebabkan diaekor nih x duk diam.. hewhwehwehewhewhew

Sebelum tu, mekasih bebanyak kepada kengkawan yg ucap tahniah..wlupun berbeza aliran dunia kehaiwanan yg mana rata2 kawan saya kebanyakkan nya menjurus kepada alam sepengucingan. Ape2pun, kita semua ttp sayangkan haiwan2.. ehhehee


sekian..bhahahah

20 Apr 2013

> AM : BIBIK MC. PM : BIBIK TERLEBIH RAJIN......




18/4/2013 - bibik ni (saya ler bibik kepada anak2 bulus tu)  g Klinik Infeksi Presint 9, Putrajaya sbb batuk & sesema x baik2 lagi. Pastu mintak MC sbb x larat nak duduk lam ekon sejuk2 yg menambah teruk batuk tu. Semalaman x bleyy tido. Tensiii!!!

Balik umh, satu hari rehat. Tp sempat lagi main masak2 tu. Cacing2 dah meronta kelaparan sbb brunch sblm g klinik tu just minum air jer & seketul wafer coklat. Siap la udang masak lemak + cendawan petang tu beserta budu patah2 cili padi. Ulam plak timun & petai..perghh!! very the kampungg!! :p



Bila malam menjelma, dah mula gelisah..mlm2 klu batuk dtg menyerang..mmg kaw2 punye. Last2 layan Cheezel & Caramel (Sugar Glider). Pastu tgk jam dah 11.30pm, tetiba dtg rajin yg x disangka2. Rasa nak mandikan budak2 tu sbb dah lame x mandi. Cuaca plak tgh panas. Agaknyer sbb sume lame dah x mandi, semua rasa x selesa. dok bergaru2. Sian gak tgk dorg. 

Since saya sakit sebulan ++ ujg thn lepas, sampai la tempoh kuarantin awal thn ari tu, baru sekali dorg mandi. Nasib baik indoor tp tu pun si Lady Rusty & LAdy Evelyn dh keguguran bulu tahap agak teruk sampai botak2 (plan nak lion cut diaekor berdua nnt). So, alang2 dah terlebih rajin..terus operasi tangkap sekor2 mandikan dorg. Semua buat muka berdebar tggu giliran, ade yg siap2 nyorok kat sudut cage paling jauh yg dorg agak2 saya x leh capai dorang. 

alahhh.. kalau takat pintu cage tu, takat pinggang saya leh lagi muat.. kwkwkwkw 

Bermula sesi mandi tgh2 malam, dengan saya sekali mandi..mandi peluhhhh..mencabar woo terbongkok2 mandikan dorg. Dengan nak ngangkat sekor. Mandi plak bukan kejap...alang2 bersyampu, biar sampai ketiak berpeluhh.. sbb kne tggu meresap dulu kat bulu dorg, pastu x leh tinggal sekor2 lam bilik air sbb syampu guna syampu kutu & syampu malaseb...

No. 1 : Chello - alhamdulillah so far dia paling senang nak mandi.. x de bunyik & time kita pegang2 tola pas sudah mandi, dia dah ready nak kne lap. 

No. 2 - Lady Evelyn @ Baby Luna (panggilan en. hubby kat dia) - yang ni paling senang nak panggil kuar dari cage sbb keje dia mmg nak kuar cage jer. Mandi alhamdullillah jugak xde masalah. Abis satu badan kene sental.

No. 3 - Cheesedale - memula jer ok...masa saya syampu. Time nak bilas2 plak, dia dah mula bising2. Dari bising2, last2 jadik hissing2..saya lak naik seriau. Maklum ler...dia nih mewarisi perangai mak dia, Lady Rusty. Agak moody & klu dah marah, x kenal mak bapak, suku sakat or 7 keturunan dah. Semua dia kasik back hand FREE, dari kaum2 dia sampai ler ke DVD player dan x ketinggalan saya sekali (tp x pernah luka lg ler setakat nih :p ). 

No. 4 - Chester - dia ni pun senang nak mandi, walaupun masa nak tangkap tu dia cam takut2. Maybe dengar sorg Abang Dedel dia meraung2 lam bilik air. Tp time mandi masa gosok2 badan dia, siap purring lagiiikkk.. si Gendut yg sangat manja! hahaha..

No. 5 - patutnya giliran Lady Rusty - tp dia dah g sudut palinggg ujung cage. X larat nak terbongkok2 hulur tangan sbb dengar dia dah bising2 dah. Kang x pasal2 kne cekau. Minah tu bukan takut ngan weolsss.. weolsss yg takut ngn dia klu time dia dtg angin tu.. huhuhu.. Lagi pun saya dah surrender nak mandikan dia mlm tu..baju dah basah lencun dek peluh..lap2 muka pun x kering peluh...dengan panas berkurung lam bilik air kecik tu mandikan dorg. Dengan cuaca pulak mmg skrg tgh panas siang malam. Betul2 cam sauna..

So kira esok hutang mandikan dia sekor jer la..cage pasir sume dah tukar..

Keje2 memandikan dorg settle 12.30 pagi...!!!!! macam x percaya pada pencapaian & keupayaan diri sendiri... hahaha




1 Apr 2013

> ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN DENGAN DAGING KHINZIR @ VAVI (SEBUTAN LEMBUT SKIT) :p

Entry ini berkaitan dengan haiwan jugak tp haiwan yg x halal utk dimakan. Semoga dpt menjadi panduan buat kita. Sumber credit to (FB rumahtanggakeluargamuslim)

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan.



Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:


1. Pork            :Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine        :Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog            :Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar           :Babi liar.

5. Lard            :Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon        :Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham           :Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow            :Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk    :Susu babi.

10.Pig          :Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine     :Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.






Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Mencari yang halal itu FARDHU