☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

Showing posts with label =*_*= REHAT SEBENTAR BERSAMA PHATCAT. Show all posts
Showing posts with label =*_*= REHAT SEBENTAR BERSAMA PHATCAT. Show all posts

27 Sept 2016

SI PUTIH MENAWAN HATI


Kucing kaler putih idaman hati..tp dah tak mampu nak bela lebih dari 2 ekor buat masa ni.. Cukuplah Chester Gendut dan bapaknyer, si Chello..  :)



gambar : credit to Google :)








24 Jun 2014

> MEH SAPE NAK ORDER SAMPUL DUIT RAYA...? :)

 
 
Assalam... 
 
Sape berminat nak order Sampul Duit Raya nih angkat tangan cecepat..!! 
hehehe... ade mcm2 design :

1) Floral
2) Frozen
3) Candy Crush
4) World Cup

5) JDT 
6) Oggy & Cockroaches 

Sape berminat, blh order cecepat yerr.. 
Last order pada 30 Jun 2014.
 
Wassappp 016-3024371.. 
 

























10 Sept 2012

✍ EDISI TERJAH 9/9/2012 : TETAMU TAK DIUNDANG....BIAWAK...!!!! ✍


Kisah petang semalam, tgh leka buat popia seaweed, terdengar bunyik macam barang jatuh kat blkg umh. Ingatkan anak indon yg kawin bangla blkg umh tu tgh main. So, malas la nak pegi tgk. Tak pun, kot laaaaaaa barang atas mesin basuh yg jatuh. Pastu ade lagi bunyik barang jatuh, rasa x sedap ati… saya pegi laaa skodeng kat dapur, ternampak perempuan indon tu tertinjau2 sambil tgk luar bilik bibik kitorg (tmpt cage anak bulus yg saya dah pindahkan keluar).

Sambil tangan dia angkat baju yang dijemur, sambil tu dia geleng2 kepala & urut dada. Mula2 saya perati jer dia. Kira dia skodeng rumah saya, saya skodeng rumah dia. Saya nyorok2 takut dia perasan plak saya kat situ. Saya tgk perempuan indon tu x berganjak pun dari situ. Still geleng2 kepala…urut2 dada pandang blkg bilik bibik (dulu bilik anak bulus duduk lam tu).

Iskkkkkk…rasa lain macam sbb bunyik barang jatuh tu bukan dari rumah dorang.., saya terus berlari masuk bilik anak bulus. YA ALLAH….!!!!!!!!!!!! Menggigil2 badan saya, panik tgk BIAWAK sebesar paha orang dewasa & panjangnya lebih kurang sedepa sedang panjat cage anak bulus blkg rumah. Biawak tu sedang mencungkil2 jaring plastic kat tingkap. Nasib baik tingkap bertutup time tu. Agaknyer klu x tutup, sah2 dah masuk rumah…tau2 muncul tetamu yg x diundang ni kt tepi kaki yg tgh leka buat popia tu. 



Masa tu sbb dah panik sangat, tgk pulak anak bulus semua berkumpul kat sudut cage, terus call hubby. Call dia, x angkat, pastu sms… sms plak ntah apebenda la saya taip..dari nak taip kucing, jadik cam kat pic bawah nih..(cam nak gelak pun ade bila baca balik sms tu).

 Sebenarnya saya nak taip..
 "..ada biawak besar blkg rumah, bang.. 
dia nak makan kucing, bangg.."


Mane tak nyer..badan saya time tu dah menggigil2, menggeletar jari nak menaip. Dah mula nangis sbb takut biawak sebesar tu bertindak makin ganas nak  “membaham” anak bulus lam tu. Lepas sms, terus snap pic (sempat lagi tuuu..sbg bukti laa kan..). Sempat amik 2 pic jer. 



Saya dah x tau nak buat ape, ternampak batang mop lam bilik tu, terus ketuk2 cermin tingkap sambil nangis2. Tapi saya x bukak pun tingkap tu. Takut kang biawak tu berlaku ganas, terus masuk bilik. Masa ketuk2 tingkap tu, biawak tu buat derk jer. Macam dia x takut langsung. Ker saya mmg muka & gaya x menakutkan dia..??????
Saya lari keluar, cari Ridsect. 


Saya nekad nak “bakar” dia, spray ridsect & letak lighter..nnt akan kuar api. Biasanya saya buat cam tu klu time lalat byk... Masa tu dtg keberanian, saya nekad klu tangan melecur ke ape, lantak laaa. Sebelum dia baham anak2 bulus, biar saya bertindak. Tapi dlm panik cam tu, lighter plak x jumpa. Time tu la pulak saya jadik blur. Dah x tau nak buat mcm mana.


Macam kebetulan jer hari tu, dah ler sorang2, kunci rumah plak hubby TERtinggal lam kete & dah pegi keje pepagi tu. Dari pagi saya x bleh kuar nak jemur baju, apatah lagi nak jemur kulit popia sblm saya goreng. Tak sangka pulak petang tu jadik peristiwa yg menakutkan tu.


Lepas x dapat masuk rumah tu, biawak tu masuk lam litter tray anak bulus, saya plak ketuk2 cermin tu sambil nangis2. Masa tu saya tak tau nak mintak tolong sape. 


Lari keluar bilik balik, try call hubby, pun sama. Dia x angkat phone. Last2 saya tawakal. Bila masuk balik lam bilik anak bulus tu, saya tengok biawak tu dah xde. Saya tengok perempuan indon blkg umh tu tadi geleng kepala sambil pandang ke belah kiri perumahan kitorg. So saya buat kesimpulan sendiri bahawa dia nampak biawak tu lari ke situ. Lepas tu dia masuk rumah, mungkin dia x perasan saya kat tingkap tu sbb agak terlindung dek dahan pokok kat blkg umh jiran yang makin merendang, dah lame tak ditebang..


Saya terus bukak tingkap, kira semua anak bulus. Alhamdulillah…!!. Masih cukup 5 ekor. Semua masih dlm keadaan sihat walafiat. Semua kembang2 dah bulunyer, saya panggil2… dorang xde respon. Mata memasing masih besar & bulat. Biasanya dorg klu nampak kelibat saya kat tingkap or dlm bilik tu, memasing mcm histeria "panggil" saya, semua mintak attensennn saya. Masih panik agaknyer. Setengah jam jugak la saya duduk lam bilik tu. Berjaga-jaga takut biawak tu datang balik. 


Bila dah rasa ok, saya duduk balik kat meja makan tempat saya buat popia tadi. Menangis…. Kalau orang ckp, alahhh tu pun nak menangis?? Iiiiyee… saya menangis sebab ketakutan. Takut pada biawak tu pun iye..bukan x pernah tgk biawak tp kecik2 tu dah biasa..Ni sbb besar sangat... Tapi sebenarnya lebih takut klu ape2 jadik pada anak bulus saya. Nyawa dorang xde galang ganti. Kalau boleh berganti kucing yang mahal sekalipun, masih takkan sama kucing2 yang saya bela dari kecik, bertahun2 membesar depan mata saya. Mungkin orang yg sayangkan haiwan jer yg dapat faham perasaan tu macam mana. Saya bersyukur sbb dorang semua selamat.


Saya tak dapat bayangkan kalau kejadian tu berlaku masa saya takde kat rumah. Entah2 balik tu tinggal kepala dorg jer yg x bleh lepas keluar dari cage. Nauzubillah..!!! Mintak2 dijauhkan. Saya masih tak bersedia untuk kehilangan mereka lagi lepas Wiwi mati tahun lepas..


Dalam saya menangis2 tu, hubby call. Dia ckp hp dia tinggalkan kat meja sbb tgh cas. Patutlaa saya call2, x dapat. Dia tanye ape dah jadik. Saya x dpt ckp banyak, just mintak dia balik cepat.


Sampai2 jer rumah, dia terus laju2 masuk bilik anak bulus. Saya tau dia pun risaukan anak2 bulus tu. Lepas tgk keadaan semua Ok, dia terus peluk utk tenangkan saya (ehh ini bukan scene drama tu tauu :p ). Masa ni sokongan amatlah diperlukan, sekurang2nya saya rasa lega apabila ada seseorang yg faham macam mana saya sayangkan anak2 bulus tu semua.  


Dia ckp, semua anak bulus dah nampak ok, agaknya dorg dah biasa kene “attack” @ menerima kunjungan terjah biawak tu.









Petang tu, mintak tlg hubby tukar pasir & tambah mknn dorang. Saya snap pic dorang, memasing dah kembali normal wlupun mula2 tu semua kelepetkan tinge. 



Bila saya keluar sekali & tgk keadaan blkg umh jiran saya, saya rasa x mustahil kalau biawak tu bersarang kat situ. Saya rasa lepas ni saya kena "hint2" kat jiran saya supaya musnahkan tempat jin bertendang blkg umh tu. 

Tiba2 teringat, masa saya tanya jiran saya pasal arnab dorang yg saya dah tak nampak blkg rumah dorg..katanya dah x nak bela arnab sebab arnab dia mati kene gigit anjing.

Saya syak..!! Itu bukan anjing.. tapi BIAWAK..!!!!!!!!!!! :’( 




3 May 2012

50 FAKTA MENARIK, KISAH DAN PRINSIP HIDUP TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA -
 semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..



1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . 
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB . 

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.


Sumber : Pakcik Googles

Semoga lebih ramai lagi usahawan-usahawan muslim seperti beliau akan lahir selepas ini.




WEDLESS TESDEIII







27 Sept 2011

=*_*= SKODENG CARRIER, TERJUMPA INI................ =*_*=

hari ni keje menggugel Cat Carrier..al kunun berangan nak beli brand [HAGEN CABRIO YANG MACAM NI] tp terjumpa lak cage cam kat bawah neh... Cool & best jer tgk org tu buat.. sangat la rajin utk berangan ke-best-an bila sudah memiliki rumah senirik + laman belakang yg super duper luas supaya bleh buat cam orang tu. Tapi, buat masa nih setakat berangan jer la dulusss.. ntah bile nak ade ghumah senirik.. 

Ape2 pun layan gmbar2 di bawah.. kalo nak lagi puas ati dengan caption & story morry pasal gambar tersebut, sila la terjah [BLOG ZACKCATS] ini...ai kemalasan nak kopipes nih.. hehehe




 Saiz sangkar 6' x 9'.  Banyak kelebihannya antaranya ialah : 
(a) Senang dipasang
(b) Boleh diubah ke mana sahaja dengan mudah 
(c) Mudah jika hendak diluaskan atau dikecilkan saiz 
(d) Kemas, kuat dan cantik. 
Jika hendak luaskan lagi saiz hanya perlu tambah kepingan 'VRC'
 dan juga boleh disusun dalam berbagai bentuk.






naaaaaaaaaaaaaaaa..!!
hamek kau siap ada esbok ngan ubat2 bagai...
haku x mampu! hahahaha

=*_*= PHAT LADY NAK MEMBEBEL =*_*=
*mmg keje haku berangan jer lebeyy!!!!!!!!!!!!!!*  
hahahahah
:p




29 Mar 2011

=*_*=KALAULAH HEWAN ADA FACEBOOK=*_*=

Entry kupi pes dr tenet, blog sape ntah..tp cam beshhh jer.. Henjoyyy..!!~ ;)


FACEBOOK - CONNECTING ANIMAL 

Dimulakan... 

Kucing Tak dapat dibayangkan kalau kucing-kucing
kat rumah ni ada facebook.
Mesti dok mengutuk aku je keje 
sebab asek buat dorg lapar. hehe..



Cicak 1: Tuan rumah baru beli reket elektrik, 
gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Cicak 2: Isteriku tersepit pintu..OUCH!

Cicak 3 : Mau ke bilik air anak tuan rumah jap...
baru beli videocam..
hahahaha (gelak evil)


Nyamuk Biasa: Baru habis ronda rumah Ajoi...kenyang...Burp! Alhamdulillah...

Nyamuk Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Nyamuk Aedes (sehari dua lepas status di atas): 
Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. 
Gua positif HIV AIDS...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak! 
Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran,
gua mau di sembeliiiiihhh!

Ayam :(5 min lepas status di atas): 
Kawan2...kalu esok gua tak update FB...
bererti gua udah digoreng...
Gua luv u all...
Jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa...


Kucing Betina: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. 
I pun bingung nak jawab apa. 
I sendiri lupa bapaknya siapa.

Kucing Jantan: Baru je add awek sebelah umah...
keturunan PARSI, beb!!!


Kucing Pink Panther: Update - petang karang tepat jam 5
slow2 ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal 
kepunyaan Kak Lela Majnun...


 Tikus: Operasi malam ni...selongkar kitchen kabinet...
sape nak itot?


Tikus putih: is eating mee goreng mamak kat  
maple@precint 9. Meh la join..

 
 Katak: Malam ni nk wat konsert la, 
da lama x ujan ni..hangat oii!


Ular: Rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..
Sapa2 tau mana nk cari?

 
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul 
tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang.
Hanjeng punya org...haihh!!

 
 KudaPatah kaki mode. Rider aku salah timing 
bila nak lompat pagar, skang rehat kat kandang.

 
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. 
Lembab mcm siput babi!


Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. 
Lembab mcm kura2!


 Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles..


 Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat.
Walaupun aku Burung Kakak Tua, 
tapi aku burung JANTAN!!!


Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni..


Kera: Semalam GF aku bagi bunga. 
Sedap jugak kunyah..huhu..

 
Lalat: Asyik hurung bangkai je. 
Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
 

Paul the Octopus: Aku bengang bila tapak sulaiman 
ejek aku si lembut, huh!

 
Lipas: Merasmikan penggunaan kepak baru..
Gerun tengok member aku kene tarik 
dgn jeli2 panjang kepunyaan Cik Cicak..
eee...seram nyeee....

 
 Itik serati: HAHAHAHAHA! Lawak2..
ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2...
nk tiru aku le tu...LOL


Ikan Flowerhorn: manusia suka aku. 
tapi kawan-kawan ejek aku kepala besar :(



Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni...



Ikan parang: Kurang asam punya manusia, 
letak gambar aku kat depan bekas keropok!



Ikan jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve I
(sambil kesat airmata) :-(



Ikan sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan 
ikan pekasam. Al-Fatihah...

 

Ikan bilis: Wah..ramainya kawan kita! 
Tahniah Remy, ko kawan aku yang ke-5000!!

 

Ikan arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?kan?kan?

Ikan mas koki: Macam mana nak kurus nie...?



Kambing : Asal busuk je tuduh aku. 
Mood: Kecik Hati.



=*_*= PHAT LADY NAK MEMBEBEL =*_*=
credit to incek/cik.. errr...
x hengat plak nama bloggers tuh..
jumpa masa blogwalking lame dah... ;)