☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

9 Mar 2011

=*_*= HUKUM KEMBIRI KUCING =*_*=

tadi haku blogwalking, asal2 nak carik artikel pasal kembiri / neuter / spay / sunat kucen. Ari tuh ade baca lam Utusan Msia, x ingat nak gunting paper tuh..paper tuh plak haku bwk balik, last2 x jumpa. Ingat nak gunting & scan. Yer la..bab2 kembiri kucen nih ramai sgt perdebatannyer. So, persoalan yg org tujukan kat mamat bawah nih mungkin blh dirujuk sbb panduan @ pengalaman. 

Tuesday, 29 December 2009

[Monolog] : Hukum kembiri kucing...

Hukum kembiri kucing. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya hukum mengembiri kucing? Haram ke? Boleh ke? Berdosa ke? Aku pun tak terlepas dari diajukan soalan macam tu. Tak kurang juga orang yang bagi komen dalam blog aku, tapi komen yang dia bagi tak lebih dari luahan emosi semata-mata.
Kat bawah ni aku masukkan komen yang seorang hamba Allah ni tulis dalam blog aku dan jawapan aku kepada persoalan dan komen dia...:
---------
Hamba Allah kata:::
Salam..xder benda lain ker nk buat..ada ke patut ko menidakkan fitrah seekor kucing..ko tanya la ustaz2 mana yg ko kenal..dosa ker tak ko wat cam tu..aku ni bkn ustaz..so xlayak nk bgtau hukumnya kat ko..kalu kucing tu kembirikan ko mcm mana?..baru padan muka ko..xleh guna dh 'anu' ko..LUPIKIR AR SENDIRI..

p/s: sedey tul aku..aku bela bnyk kucing gak..mcm2 spesis..tapi xder la sampai tahap nk kembiri kan diorg..kalu abu hurairah masih hidup, mesti dia pun sedey gak...
Posted by: hamba allah | Friday, 25 December 2009

---------
Aku kata:::

salam...

terima kasih atas pandangan ko. aku pun dulu sekolah kt skola agama. tapi aku tak nafikan yang ilmu aku sendiri belum cukup untuk menentukan hukum kembiri kucing. sebab tu aku buat kajian, tanya pakar2 agama pasal hal ni. ko igt aku saje2 je xde benda lain nk buat, pastu pergi kembiri kucing tu..

aku bukan menidakkan fitrah seekor kucing. tapi, apa yang aku buat ni berdasarkan pandangan yang aku terima dari org2 yang lebih berhak bercakap soal agama. menurut jabatan mufti negeri sembilan, hukum kembiri kucing makruh kalau xde manfaatnya. JAKIM plak menyatakan harus hukumnya utk jaga maslahat ummah.

dikalangan mazhab sendiri ada berbeza pendapat tentang hkum kembiri kucing ni. tapi, ulama semasa berpendapat yang hukum kembiri haiwan seperti kucing adalah harus untuk menjaga maslahah ammah...

Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:

أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين

Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

Tapi, cara pengembirian menstilah tak bagi mudarrat kat haiwan tu.

Menurut al-Syeikh al-Uthaimin plak,

إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً

Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448).

Mesti ko tak tau, yg sebenarnya sekarang ni ada BANYAK SANGAT kucing yang terbiar kat shelter2 kt Malaysia ni. bile neuter, die takleh reproduce n ada peluang yg haiwan kt shelter ni akan diadopt... kalo xneuter/spay, kucing akan reproduce, pastu bile dah byk, honestly, tendency utk buang diorg mesti ada...kn? this is not a mere assumption tp mmg ini la hakikat kite sbg manusia.. bile dah byk, jd leceh, mesti terdetik walaupun sekelumit yg kite sbnanya da xlrat nk jaga sbb da bnyk. mngkin tak semua org yang fikir ianya leceh, mcm ko. sbb ko kate ko dpt bela byk kucing. tp, tak semua org mcm ko sedara..

ko tau x yg berapa ramai tuan2 kucing buang kucing diorg kt tepi2 jalan. berapa byk kucing liar yg pakai collar [dulunya ada tuan]. dan berapa ramai yg surrender kucing diorg kt shelter mcm paws ngan spca.

pastu da la kucing yg branak byk tu dibuangnya, yg kt shelter plak tertunggu2 tuan bru diorg... lepas tu lagi, ble kt shelter dah penuh sgt, diorg terpaksa TIDURKAN kucing2 tu.

Saudara, ko pk blk... al-Syeikh al-Uthaimin, ulama' Arab Saudi yang terkenal ckap kembiri lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah ciptakan. tapi, berapa ramai tuan kucing yg hantar kucing ke shelter utk ditidurkan sbb diorg dah taknak bela kucing2 tu. dr dikembiri, diorg lg sanggup kucing2 tu dibunuh... astaghfirullah... jiran aku sndiri cakap die taknak kembiri, sbb die nk anta kucing2 tu untuk
DILUPUSKAN... mana lg kejam saudara? mengembiri untuk kebaikan umat dan kucing tu sndiri atau mematikan kucing yg diciptakan Allah dalam keadaan sihat walafiat hanya kerana kita sbg manusia dah tak mau jaga die?

sekurang2nya kucing jantan yg dikembiri dpt elak aktiviti cri psangan yg dpt menyebabkan die accident, gaduh2 smpai luka ngan penyebaran penyakit TVT. Dia tak kencing merata2 jd kebrsihan pn dpt dijaga. lgpun saudara, menurut pakar2 haiwan, kucing xada konsep identiti seksual atau ego. diorg lepas dikembiri xada tindak balas emosi atau krisis identiti.

jd saudara, apa yg aku buat ni bukan saja2, xde keje ngan membabi buta... aku dah pk2kn, dptkan penjelasan dr yg berhak memberi dan timbang2kan semua hujah yg ada. dan akhirnya, aku amek keputusan utk kembri kucing aku berdasarkan hujah yang aku berikan di atas. igt saudara, kadang2, mengelakkan kelahiran sesetengah haiwan peliharaan dapat menyelamatkan nyawa yang lain.

dan tologn jgn buat penilaian sendiri tntang perasaan abu hurairah kalau beliau masih hidup. sbb kite sndiri tak tau apa yang akan beliau rasa jika beliau masih hidup... biarlah apa yang kita buat itu, berdasarkan kajian yg tlah dibuat.
dan saudara,

mungkin ko patut pergi tgk keadaan kucing2 kt shelter2 mcm paws ngan spca. pastu, kalo ko still xtau apa yang dimaksudkan dengan TIDURKAN KUCING, aku cadangkan ko pergi kt ste nih:

http://www.youtube.com/watch?v=EFb3E0MJZ5Y atau ko gi kt Youtube dan taip cat euthanization...

wallahu a'lam...
Posted by: kairul izwan  Friday, 25 December 2009

=*_*= PHAT LADY NAK MEMBEBEL =*_*=
dan.. haku pun pegi la bukak Youtube & search 
cat euthanization
tak habis haku tgk, x sampai ati haku tgk secomel2 makhluk 
ciptaan Allah SWT terpaksa di PTS cam tuh..
tau2 air mata dah menitik2 sambil haku kaver dpn pc
konon2 tgh lap eyeshadow...
kalo kucen secomel tuh org bleh menitik air mata,
bagaimana dengan baby yang dibuang merata2???
fikir2kanlah.. :(

6 comments:

  1. sabar yer...mereka2 ni mungkin tak sedar dgn masalah kucing/anjing terbiar yg semakin byk, kita kembirikan haiwan2 ni bkn utk menyeksa dia tp utk kebaikkan haiwan2 tersebut

    jgn risau yer kamu buat yg terbaik utk si comel semua ;)

    ReplyDelete
  2. sabar yer...mereka2 ni mungkin tak sedar dgn masalah kucing/anjing terbiar yg semakin byk, kita kembirikan haiwan2 ni bkn utk menyeksa dia tp utk kebaikkan haiwan2 tersebut

    jgn risau yer kamu buat yg terbaik utk si comel semua ;)

    ReplyDelete
  3. Juls... thanks for sharing this information...
    terima kasih sgt2.
    saya pernah jugak dengar kawan kene marah sbb kasikan kucing. yang tukang marah tu plak jenis bela2 kucing, pastu dh banyak hantar kat pasar. hantar kat kedai makan. hantar kat spital. macam sial. sorry la, nak tanya jugak saudara yg claim dia bela kucing banyak tu. yang dia bela sekarang berapa ekor? bila dh beranak pinak semua dia jaga semuanya? kalau betul, bagusla. tapi bila terlalu banyak (vet sendiri yg cakap) kita tak bagi perhatian pada kucing2. bila dia sakit kita lambat perasan. kalau yg perasan tu pun sebab dia muntah depan mata. kadang2 tau muntah je, tak tahu sape punya. tau2 je, dah tenat. Pastu dr segi kebersihan. bila terlalu banyak kucing, rumah bau,jiran2 komplen. kitorang pernah jiran komplen. masa tu kucing ada dekat 40 ekor termasuk yg stray belakang umah yg di beri makan. DBKL dtg rumah buat inspection kebersihan. Alhamdulillah, DBKL tak ambil apa2 tindakan sebab rumah kitorang lagi bersih dr org yg tak bela kucing (rumah sebelah ikut kata dorang la). tapi, kitorang juga 'dinasihatkan' supaya buang setengah2 kucing tu. sebab kalau ikutkan DBKL punya rules( tak tau la dorang panggil apa) satu org utk 5 ekor kucing shj. kira nisbah la. 1:5, klu tak silap. ini 7 tahun lepas tau. skrg tak tau la macaman. so... kesimpulannya, utk mengelakkan kejadian macam ni, kene lah kasi, dr dok buang kucing yg besa makan bersuap ke kedai2, atau put to sleep.

    Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap perkara yang berlaku di langit dan di bumi. begitu juga perhitungan dosa dan pahala seseorang manusia. sekian.

    ReplyDelete
  4. Juls... thanks for sharing this information...

  5. =*_*= MEOWMANIA :: tu la..dorg xde kesedaran lg pasal kebanjiran haiwan2 nih. tau2 nak hentam jer. ade benda kita buat utk kebaikan, xde suka2. kita nih plak bkn org berduit. hanya mampu buat yg terbaik jer. tuh pun dgn niat, semoga haiwan2 yg kita tlg tuh akan doakan kesejahteraan kita & sy percaya bela apa2 pun haiwan, asal kita jaga dgn baik, cukup makan minum, perubatan & tmpt tggl..insyaAllah kita dpt berkat & dimurahkan rezeki.

    =*_*= CHIKA :: its ok. sharing is caring kan? hehehe.. animal lovers jer yg tau perasaan & keprihatinan tuh cemane. sakit hati & sedih bila tgk ade haiwan2 terbiar. kdg2 kita dh buat yg terbaik, tp org still x puas ati. kdg2 saje jer nak carik silap kita. walhal sendiri x reti nak jaga dgn baik. sy bela 6 kucen setakat nih, mmg sy x nafikan sbg sorg manusia biasa..kdg2 ade masa kita terlepas pandang pasal dorg. yer la...dlm 6 ekor tuh, kita x tau sape yg monyok & sakit, melainkan cam awk ckp..muntah dpn mata kita. berlari2 lam umh x semestinya dorg sihat, kdg2 ade sakit yg tersembunyik.

    Apatah lg kalau berpuluh2 ekor. Sape larat nak check sekor2 kan? Sy so far jiran2 ok, xde komplen lgpun jiran2 sy jrg ade kat umh. bab2 bela kucen lam umh mmg kne jaga betul2. takut ada bau2 yg jiran x senangi terkuar smp ke umh sebelah. pasir2 nk sentiasa kne bersih & tukar. kdg2 org nih pantang carik sebab jer, dpt satu pun jadik la..bleh buat modal. so utk elak menda2 cam tuh, sy make sure dorg x terlepas keluar umh. maklum laa, jiran plak ade pokok2 bonzai lam pasu yg rega ribu2 & burung lam cage yg mahal2. takut salah kucen stray, sy plak yg kne bayo kerugian tuh. So, sblm org ade sebab, baek sy elakkan.

    Cam tuh jugak bila lam umh, x nak beranak pinak, sy kasi semua kucen jntan 4 ekor tuh. yg female lmbt skit xpe la, dr x spay langsung. Alhamdulillah, skrg tggl sekor DLH tggu turn utk spay. ;)

    ReplyDelete
  6. =*_*= MEOWMANIA :: tu la..dorg xde kesedaran lg pasal kebanjiran haiwan2 nih. tau2 nak hentam jer. ade benda kita buat utk kebaikan, xde suka2. kita nih plak bkn org berduit. hanya mampu buat yg terbaik jer. tuh pun dgn niat, semoga haiwan2 yg kita tlg tuh akan doakan kesejahteraan kita & sy percaya bela apa2 pun haiwan, asal kita jaga dgn baik, cukup makan minum, perubatan & tmpt tggl..insyaAllah kita dpt berkat & dimurahkan rezeki.

meowwwinggggg