☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

29 Apr 2012

=*_*= (INFO) KITARAN HIDUP SANG KUTU KUCING =*_*=

Disebabkan kutu merupakan salah satu musuh utama kepada kucing hari ini teman ingin menyambung sedikit cerita tentang kutu. Sebelum kita dapat menangani kutu ini, perlulah kita mengenali sang kutu ini dengan lebih mendalam dengan memahami kitaran hidup sang kutu. Telah kita semua ketahui daripada tajuk teman yang lepas iaitu “Kutu Kucing” bahawa Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Cara makannya ialah menghisap darah. Walaupun begitu kutu ini mempunyai kitaran hidup yang rumit(complicated). Teman percaya ramai dikalangan peminat kucing yang tidak pernah nampak kutu kucing dengan mata kasar mungkinpun ada yang pernah melihat, mereka hanyalah boleh melihat kutu dewasa. Sebenarnya ada empat tahap kitaran kehidupan kutu. Jika anda mempertimbangkan kesemua empat tahap kitaran kehidupan kutu, kutu dewasa merupakan hanya sekitar 5% dari seluruh populasi kutu. 


Empat Tahap Kitaran Hidup Kutu 
1. Telur Kutu
Telur kutu adalah seperti mutiara putih dan sekitar 1 / 32 "(1/2mm) panjangnya. Mereka terlalu kecil untuk dilihat tanpa kanta pembesar. Kutu meninggalkan telurnya di kucing, tapi telur kutu tidak melekat pada bulu kucing Sebaliknya, mereka jatuh ke kawasan persekitaran kucing anda.

2. Larva
Telur-telur yang menetas menjadi larva dalam 1 hingga 10 hari, bergantung pada suhu dan kelembapan. Kelembapan dan suhu yang tinggi menyokong penetasan telur dengan cepat. Larva adalah berbentuk ramping ianya sekitar 1 / 8 " - 1 / 4''(2 hingga 5mm ) panjang. Mereka memakan kotoran organik yang ditemui di persekitaran mereka dan pada kotoran kutu dewasa, yang mana ini penting untuk kejayaan pembiakan keturunan kutu di masa hadapan. Mereka mengelakkan dari terkena pancaran sinaran matahari secara langsung dan aktif bergerak jauh ke dalam serat karpet atau di bawah puing-puing(debris) organik (rumput, cabang kayu, daun atau tanah). Mereka tinggal selama 5 hingga 11 hari sebelum menjadi kepompong.
Kelembapan sangat penting didalam meneruskan kehidupan sang kutu. Larva kutu boleh mati akibat kawasan yang kering/terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Oleh kerana itu, tidak mungkin kutu dapat bertahan dan membiak di kasawan terbuka yang kering dan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Dikawasan yang terbuka larva hanya terjadi di mana tanah yang terlindung dari sinaran cahaya matahari dan lembab, dan juga di badan haiwan kesayangan anda. Kutu menghabiskan banyak masa hidup dan membiak lama di badan kucing anda dan ini membolehkan telur kutu jatuh dan tersimpan di dalam persekitaran kucing dan anda sekeluarga. Manakala didalam kawasan rumah atau tempat dilindungi cahaha matahari(indoor), larva dapat bertahan dan membesar dengan selamat dibawah karpet atau di celah antara lantai kayu keras. Mereka juga berkembang biak dalam iklim lembap.

3. Kepompong 
Setelah pembentukan larva selesai/sempurna, larva dewasa menghasilkan kepompong sutra.Tahap kitaran kehidupan seterusnya adalah penghasilan kepompong. Kepompong ini lembap dan mudah melekat(sticky). Kepompong ini dengan cepatnya membentuk lapisan dari puing-puing(debris) dari kawasan sekelilingnya. Lapisan-lapisan ini berfungsi atau bertindak sebagai samaran kepada kepompong ini. Dalam suhu yang hangat dan keadaan lembap, kepompong menjadi kutu dewasa dalam 5-10 hari. Namun, kutu dewasa tidak muncul dari kepompong ini, kecuali dirangsang oleh tekanan fizikal, karbon dioksida, atau haba panas.

4. Kutu Dewasa
Setelah dirangsang kutu pra dewasa pun muncul dari permukaan kepompong itu. kutu pra dewasa dapat bertahan hingga 140 hari dalam kepompong. Selama waktu ini, mereka dapat bertahan terhadap racun serangga yang yang disemburkan pada kawasan persekitaran sang kutu. Oleh itu, kutu dewasa dapat terus muncul ke persekitarannya hingga 3 minggu selepas aplikasi insektisida(semburan racun serangga).
Ketika kutu dewasa muncul dari kepompongnya, mereka akan mencari tuan rumah kerana ia harus makan darah dalam masa beberapa hari untuk bertahan hidup. Mereka amat tertarik pada manusia dan kucing anda dan haiwan liar seperti anjing, tupai dan sebagainya. Suhu tubuh yang panas, gerakan, dan menghembus nafas karbon dioksida oleh manusia dan haiwan-haiwan ia umpama bertemu cahaya kehidupan. Ini bererti bahawa ia berpindah ke permukaan karpet sehingga dapat menemukan sebuah perumah sementara(passing host) yang sempurna untuk meneruskan semula kitaran hidup sang kutu.
Setelah makan darah pertama, kutu betina mulai pengeluaran telur dalam masa 36 hingga 48 jam. pengeluaran telur boleh terus selama 100 hari, yang bermakna bahawa kutu tunggal dapat menghasilkan ribuan telur.
Ini semua kitaran hidup (kutu dewasa>telur>larva> kepompong> kutu dewasa) dapat diselesaikan dalam masa 14-21 hari atau hingga 1 tahun mengikut keadaan suhu ditempat pembiakannya dan keadaan kelembapan yang sesuai.

Merawat Kucing Anda Daripada Terkena Kutu
Seperti yang teman telah katakan sebelum ini di dalam tajuk “Kutu Kucing”, teman mempraktiskan dua kaedah iaitu:
                    1. Kutu perlu dibasmi dari kucing anda
                    2. Persekitaran perlu dipastikan bersih
Yang mana kedua-dua kaedah berikut telah teman huraikan. Disini Teman ingin menambah lagi sedikit huraian daripada dua kaedah diatas dalam bentuk tip-tip yang mudah anda faham.
Bagaimana untuk menyingkirkan kutu pada kucing dan kawasan persekitaran anda akan menjadi sangat mudah apabila anda tahu cara yang betul. Insyaallah, teman katakan! Jika anda mengikuti panduan ini, anda akan yakin dengan mudah membunuh semua kutu kucing bahkan kutu anjing juga.

Tips Menyingkirkan Kutu Kucing
Untuk menghilangkan kutu pada kucing anda, pertama anda harus menyedari bahawa kucing anda mempunyai kutu. Untuk memeriksa, anda boleh memisahkan bahagian-bahagian kecil bulu kucing anda dan melihat di celah-celah diantara bulu kucing anda. Jika anda tidak melihat kutu, anda harus menyedari bahawa mereka boleh menyembunyikan diri dengan sangat baik. Teman selalu menggunakan sehelai kain basah putih bersih dan menekapkan pada kucing anda atau bulu anjing, anda akan dapat melihat apakah mereka mempunyai kutu ataupun tidak, dengan adanya tompokkan bintik-bintik berwarna coklat gelap diatas kain basah putih itu tadi. Kutu meninggalkan bintik-bintik coklat gelap di belakang badan mereka, yang sebenarnya itu adalah ekskresi(perkumuhan) kutu. Ekskresi(perkumuhan) kutu adalah berwarna coklat atau merah kecoklatan bekas dari menghisap darah dari haiwan kesayangan anda. Selain itu anda boleh terus membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat atau kedai haiwan kesayangan yang ada memberi servis rawatan.
Jika anda yakin kucing anda mempunyai kutu, maka anda perlulah merawat rumah anda seperti berikut:

1. Yang terpenting, jika anda baru saja mempastikan ada kutu pada kucing anda, maka kuarantin kucing anda ke salah satu bilik.
2. Vakum seluruh rumah untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu di lantai atau perabot.

3. Pastikan anda mencuci semua pakaian anda kerana sang kutu ini amat suka menyembunyikan diri di pakaian manusia.
4. Selanjutnya, cuci dan bersihkan serta vakum kesemua karpet anda. Sebaik-baiknya jemurkan semua karpet anda pada sinaran cahaya matahari secara terus selama sekurangnya 5-7jam.

5. Anda juga boleh menggunakan semburan kutu kawalan untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu pada kucing anda. Anda boleh menyembur rumah dengan semburan kutu untuk membunuh kutu yang melekat dan bergayut di dinding atau mana-mana bahagian rumah. Pastikan anda mencuci dan memriksa semua bilik tidur dengan bersih dan semua almari, peti dan sebagainya dengan teliti.


1. Mulanya mandikan kucing anda menggunakan sabun/syampu anti kutu(anti flea bath).
Ada banyak dipasaran dan berbagai jenis. Gambar disebelah adalah salah satu contoh syampu anti kutu kucing. Hal ini hendaklah dilakukan dengan memandikan kucing anda didalam tab mandi atau bilik air kecil dengan air yang banyak dan sabun. Tetapi berhati-hati bahawa sabun dan air tidak boleh terkena mata kucing anda. Boleh dikatakan 90-95% kucing bencikan air. Inikan pula dimandikan, ini akan menyukarkan anda kerana anda akan di kungfu oleh kucing anda disebabkan kaedah ini. Tetapi dapat diatasi dengan memandikan kucing anda secara berhati-hati dan lembut. Nantikan huraian Cara Mandian Kucing dibawah tajuk Kucing dan Spa tak lama lagi.

2. Ada juga kaedah lain untuk memberikan kucing mandian kering(dry bath). Dengan kaedah ini anda memerlukan sejenis syampu kucing khas, syampu yang tidak melibatkan penggunaan air. Anda perlu dapatkan nasihat veterinar atau pakar sebelum menggunakan kaedah ini.


Troy
Frontline
3. Pastikan anda membeli semburan(spray) kutu kucing dan kawalan kutu. Perkara ini perlu untuk mengelakkan kutu kembali semula kepada kucing anda. Frontline untuk kutu badan dan Troy Ear Canker untuk kutu telinga adalah kegemaran peribadi saya.

4. Dua hari selepas menggunakan semburan Frontline, pastikan anda menyikat kucing anda menggunakan sikat yang betul untuk menanggalkan kutu-kutu yang mati. Periksa bulu kucing anda setiap beberapa hari untuk memastikan para sang kutu hilang. Tetapi jika anda melihat masih ada kutu, kuarantin haiwan kesayangan anda, dan mulakan seluruh proses dari mula semula.



sumber / credit to http://zaicatzz


6 comments:

  1. kite paling tak suka kutu! sebab tu mummy cakap kite kena mandi tetiap minggu jd kite pasrah


    xoxo
    jejebon

    :D

    ReplyDelete
  2. kite paling tak suka kutu! sebab tu mummy cakap kite kena mandi tetiap minggu jd kite pasrah


    xoxo
    jejebon

    :D

    ReplyDelete
  3. aunty meowwmania >>> kitorg pun x cuke tau... dah ler kne mandi tetiap mggu, pastu kene "perap" lelame plak tu ngan "cempu" antifleas..cejukkk tauuu....

    tp pastu beshhh...cebab bleh sunbath lelame dpn umh... hihihihhiii


    =*_*=
    Rusty-Chello-Cheesedale-Chester-Elliot

    ReplyDelete
  4. aunty meowwmania >>> kitorg pun x cuke tau... dah ler kne mandi tetiap mggu, pastu kene "perap" lelame plak tu ngan "cempu" antifleas..cejukkk tauuu....

    tp pastu beshhh...cebab bleh sunbath lelame dpn umh... hihihihhiii


    =*_*=
    Rusty-Chello-Cheesedale-Chester-Elliot

    ReplyDelete
  5. hum kucing leh tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  6. hum kucing leh tinggalkan komen..

    ReplyDelete

meowwwinggggg