☛ GENG PENGEMBARAAN MEOW

1 Apr 2013

> ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN DENGAN DAGING KHINZIR @ VAVI (SEBUTAN LEMBUT SKIT) :p

Entry ini berkaitan dengan haiwan jugak tp haiwan yg x halal utk dimakan. Semoga dpt menjadi panduan buat kita. Sumber credit to (FB rumahtanggakeluargamuslim)

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan.



Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:


1. Pork            :Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine        :Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog            :Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar           :Babi liar.

5. Lard            :Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon        :Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham           :Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow            :Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk    :Susu babi.

10.Pig          :Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine     :Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.






Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Mencari yang halal itu FARDHU

30 Mar 2013

> SENANGNYA DALAM HATI...... ♫♫♫




♫..senangnya dalam hati...
..bila dapat membuta....
♫..sepertiiiiiiii... ♫ 
..duniaaaaaaaaaaaaaaaa 

♫ MEREKA ni yang empunyaaaaaa....


21 Mar 2013

> MANA MAU LARIII.....???????????


Natang nan sekor nih, si Cheezel mmg pantang dpt peluang keluar cage. Kompem laju2 dia menyelinap. Yang saya lak, kalo dengan Cheezel nih agak seriau gak kalau nak pegang dia. Takut dia bertindak diluar batasan menggigit dek terkejut wlupun selama ni dia klu saya pegang2, dia just gigit2 manja jer. Takde ler lagi la sampai berdarah2 kne gigit dia. Luka pun x pernah lagi. Saya tak sempat sangat nak jinakkan dia pas bela bulan 10 thn lepas, sbb bln 11 tu saya dah mula demam2..pastu masuk wad sampai la kuar wad kne kuarantin ngan doc sampai awl tahun ni. Tak blehh pegang semua spesis natang. Kiranya sblm tu saya cuma sempat nak jinakkan awek dia, si Caramel tu jer...

Hari tu saya bukak pintu cage dia. Saje nak try testing dia. Tengok awek dia, si Caramel relax jer..just pandang muka saya, pastu masuk balik lam pouch mcm xde pape berlaku.. tp si Cheezel lajuuuuu jer kuar sampai x sempat saya nak masukkan dia balik lam cage. Klu saya laju2 tutup pintu cage, x memasal plak kaki dia tersepit kat pintu tu kang. x memasal jugak patah. Kalau kaki gendut2 kat umh tu, xpe lah... silap2 pintu cage tu yg patah dorg kerjakan. huwawawawa!!

Pas dpt memboloskan diri, hasilnya dia panjat belakang cage, pastu bila saya nak pegang..dia lari2. Mana mau lariiiiiiiiii??? Badan dah makin menggendut cam tu, kompem la sangkutttttttttttttttttttt... kanan  tara bulehh.. kiri pun tara bulehh.. apa mau bikin??

PADAN MUKA...!!!! hahahah!!!






 kan dah tersepittttttttt...





 

6 Mar 2013

> SEKEJAP ADA, SEKEJAP TAKDA


Saya agak hairan dengan mereka ni. Bila sekali datang tumpang makan kat depan umh, sampai 3-5 ekor sekali. Bila time takde, sekor pun x nampak bayang. Kemanakah gerangan agaknya dorang2 ni..???

Yang buat saya rasa agak terkilan sedikit ialah masa kehabisan stok BW hari tu. Dorg dtg rumah tp saya xde langsung makanan utk dorang. Sedih tgk dorg terngiau2 sambil pandang muka saya. Rasa sangat bersalah tutup pintu mcm tu jer sbb x tahan tgk muka dorg mintak simpati.

Ada nasik lebih, saya bagi jugak. Gaul ngan wetfud. Time nasik xde /  x masak, time tu yg rasa sangat2 terkilan tu. Nak bagi stok BW lam umh, dorg pun dah tinggal sikit jer.

Last hari tu saya kasik ikan bilis & ikan salai yg saya dah x boleh makan sbb dihurung semut halus. Masa jemur tu konon nak halau semut halus, dtg pulak segerombolan semut2 besar. Last2 saya biar jer kat luar kene air hujan. Dah agak kembang, saya toskan air & letak dlm bowl dorg yg kat luar tu.

Esoknyer, licinnnnnn!!! Tapi x nampak sape yg datang makan. Termasuk Cik Putih yg hari tu sarat bunting pastu beranak. Anak2 dia x pernah pulak nampak. Seingat saya setakat ni dah 3x dia bunting, sekor pun x tau mane pegi anaknyer.

Sekarang dah ade stok BW baru. Ambik 22.65kg terus. Ingat nak asingkan 1 tong utk yg kat luar tu. Tapi xde pulak tetamu yg sudi bertandang... mane la dorang pergi agaknyer,....................


 yang masa hari tu.. 3 serangkai ni. Yg hitam tu lawa, bawah leher dia rona puteh.
Incek hubby ckp macam pakai tuxedo plakk..





Entry testing sesajer

Entry testing menggunakan hp pinjam dari member utk membezakan best x best hapdet blog guna beberapa jenis henpon.

result : saya agak skema..so rasanya prefer update guna lappy or pc klu utk upload pic byk2 & entry yg panjang2. Klu entry bergambar jer, ok ler..

next time try hp lain plak.. Thehehe